KUALA LUMPUR – NGO Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat bahawa wujudkan ‘Kartel Menteri’ untuk mengawal dan membawa masuk 500,000 pekerja asing warga Bangladesh ke Malaysia.

Menurut sumber sebuah Portal yang bertajuk ‘Kartel Menteri’ Mengawal Kemasukan Pekerja Bangladesh (part 1) yang disiarkan pada 8 Jun 2022 lalu mendakwa telah wujudnya prosidur yang tidak telus dalam membawa masuk Pekerja Asing warga Bangladesh ke Malaysia.

Laporan portal itu mendakwa wujudnya satu pakatan antara Menteri Sumber Manusia dengan individu yang dipercayai warga Bangladesh bergelar ‘Datuk Sri’ dan telah mendapat taraf warganegara terlibat dalam kegiatan Kartel manusia serta telah menyogok pegawai kerajaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ahli Politik Malaysia dan Bangladesh.

Oleh itu, Presiden IKHLAS, Datuk Mohd Ridzuan Abdullah telah membuat laporan polis berhubung perkara ini bagi mendesak agar siasatan dilakukan mengenai dakwaan ini.

“Dakwaan ini sangat serius oleh kerana jika ia benar, maka ia akan mengancam kepada keselamatan negara serta memberikan kepercayaan Rakyat terhadap penjawat awam negatif.

“Jika Ahli politik seperti Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim masih membisu berhubung perkara ini dalam tempoh 2 minggu ini, maka perkara ini akan dibawa ke Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO),” katanya ketika Sidang Media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi disini.

Turut hadir, wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Clean Malaysian Movement (CMM), Zahir Khan Mohamed Ali.

Dakwa Zahir, warga Bangladesh kini menjadi semakin berani menjalankan perniagaan sendiri di Malaysia tanpa membayar cukai kepada kerajaan.

“Mereka sedang kuasai ekonomi Malaysia, bukan satu dua bahkan beribu peniaga. Tetapi mereka tidak pun membayar satu sen pun cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), katanya yang mempunyai maklumat terperinci.

Terdahulu, Datuk Mohd Ridzuan sebelum ini pernah membantah keras kemasukan 500,000 pekerja asing warga Bangladesh ke Malaysia

Leave a Reply