KUALA LUMPUR, 2 April 2023 – Pelancaran Program Proklamasi Orang Melayu terpaksa dibatalkan disebabkan tekanan demi tekanan pihak berkuasa.
Menurut Datuk Wira Marzuki, program itu dibatalkan disebabkan tekanan yang diterima pihak penganjur yang menganjurkan proklamasi berkenaan.
“Amat malang tidak dapat meneruskannya, kita hanya mampu melakukan sidang media tergempar pada 19 March lalu
“Jadi disitulah bermulanya pelancarannya walaupun tidak dari segi persembahan tetapi dari segi ‘message’ nya itu bermula dari haritu kita sudah melancarkannya, kata Datuk Wira Marzuki Yahya ketika Sidang Media di Program Buka Puasa anjuran bersama dengan Parti IMAN hari ini.
Datuk Wira Marzuki juga menyeru Orang Melayu tidak kira latarbelakang untuk menurunkan tandatangan Proklamasi Orang Melayu tersebut bagi menunjuk tanda sokongan mereka atas apa yang diusahakan ini dalam memastikan kesedaran orang melayu kembali bertaut supaya tidak lagi dijajah.
Sementara itu, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Sri Ahmad Faizal Azumu turut hadir mewakili Presiden bagi memberi sokongan dengan apa usaha yang dilakukan selain beberapa parti politik lain yang memperjuangkan orang melayu kini telah berada dalam satu barisan dalam membawa wadah perjuangan yang sama.
Justeru, program-program yang akan disusun selepas ramadhan ini dan kempen proklamasi ini akan digerakkan ke seluruh negara yang akan dianjurkan sekretariat dan juga akan menjemput mana-mana pihak yang mempunyai jiwa perjuangan yang sama untuk bersama dalam menggerakkan kempen ini, kata Marzuki.
#proklamasiorangmelayu #marzukiyahya #iftarramadan #IMAN #gerakantanahair #aatvnews #wartawanviral #wartawantiktok #wartawan #KerajaanPerpaduan #anwaribrahim #zahidhamidi #KerajaanPerpaduan #madanimalaysia #komuniti #tiktokmalaysia #mediatiktokcomunity #malaysianewsheadline #malaysianews #newsupdate #beritatiktokviralterkini #beritatiktokviral #pencerita #melaporkan