KUALA LUMPUR – MERANTI merupakan satu kekuatan sepertimana ia wujud antara pokok tertua di Malaysia serta tertinggi di dunia.
Menurut Nizam Abdullah yang juga pemilik Nizamsculpture Studio, nama MERANTI ini diilhamkan dari pokok meranti. Nizamsculpture dengan kerjasama dengan EUPU Corporation yang telah menghasilkan sejenis arca meranti di Residensi Pudu Alam Rekreasi (PARC3) dari tingkat 8 hingga ke tingkat 46 yang hari ini dinobatkan dalam Malaysia Books of Record sebagai arca paling tinggi digantung dalam sebuah bangunan.
Tambah Nizam lagi, seni arca ini akan menambah nilai ruang-ruang dan kecantikan dalam bangunan serta kediaman.
“Projek arca ini mengambil masa setahun untuk disiapkan kerana ianya berkonsepkan impian yang tinggi serta memberikan aura yang positif untuk mencapai impian.
“Ramai antara penggiat Seni yang sudah pun pergi ke Negara luar kerana mempunyai banyak peluang untuk karya seni disana tetapi saya tetap di tanahair Malaysia demi memajukan industri seni Malaysia.
“Ada juga lepasan seni UiTM yang jadi pelukis bukan pengkarya arca hilang tempat untuk menghasilkan karya.
Turut hadir ke program ini, YB Senator Dato Armand Azha Abu Hanifah Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO serta Timbalan Pengurus Besar Pemasarana Aaron Bong.
Justeru, Dato Armand menambah, Encik Nizam Abdullah perlu dijadikan sebagai ikon arca seni kerana dia seorang yang berani melakukan pekerjaan diluar kotak ini sejak 12 tahun lalu yang dahulu bermula dari bengkel kecil.
“Kita harap agar seni arca yang masih baharu di Malaysia ini akan dapat sedikit peruntukan dana dari kerajaan supaya ianya boleh menjadi satu lagi budaya baharu serta akan lebih ramai lagi anak seni berjaya dalam aktiviti ini sebagai punca pendapatan mereka.