HULU SELANGOR – Ibu Bapa mana lah yang tidak sedih apabila mendapat tahu bahawa anak sendiri terlibat dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini.
Biarpun sudah melalui kawasan itu untuk membeli sarapan pagi, namun masih lagi tidak dapat mengetahui yang anak mereka terbabit dalam kemalangan tersebut.
Menurut Norwati Cha, 47 dan Roslan Hassan, 55, mereka hanya mengetahui apabila rakan anak mereka yang hendak ke tempat kerja terlihat satu kemalangan.
“Pada mulanya, menurut rakan anaknya, ternampak kelibat motorsikal yang seolah kenal nombor plat nya, bila patah balik dan pergi ke tempat kemalangan itu barulah tahu rupanya mangsa itu adiknya sendiri.
“Lantas rakan anaknya itu terus ke rumah Rumah untuk memberitahu kejadian kemalangan melibatkan anaknya, katanya ketika ditemui Media di rumahnya di Taman Rajawali, Kalumpang, Hulu Selangor.
Kemalangan itu berlaku di kilometer 75 jalan Kuala Lumpur – Ipoh berhampiran Taman Keliang Kalumpang kira-kira jam 7.48 pagi.
Mangsa kemalangan jalanraya iaitu Muhammad Luqman Hakim Roslan, 18, bersama rakannya, Mohamad Hazeem Haiqal Shuhaimi, 18 maut ditempat kejadian yang ketika itu mereka ingin ke tempat kerja di Kawasan Perindustrian Proton City pagi 18 Jun lalu.
Tambah Norwati lagi, pada kebiasaannya, anak bongsu nya itu akan memberitahunya sebaik sahaja tiba di tempat kerja, namun tiada sebarang maklum balas pada pagi itu sehinggalah diberitahu abang rakan anaknya mengenai kejadian itu, jelasnya
Norwati dan suaminya menerima kunjungan Prihatin dari Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan yang datang menghulurkan sedikit sumbangan wang tunai bagi meringankan beban keluarga Mangsa.
Dr. Sathia turut berpesan dan menasihati Encik Roslan agar sentiasa menjaga kesihatan dan tabah menerima ujian Tuhan.
Turut menerima bantuan daripada Dr. Sathia ialah Encik Shuhaimi Ramli, 71 dan Puan Rosniwati Ahmad, 58 yang merupakan ibubapa Arwah Hazeem yang turut terlibat dalam kemalangan tersebut.