KUALA LUMPUR, 24 Jun 2022 – Pengerusi BN, Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini merasmikan Karnival Pekerjaan (BN Youth Job Fair) 2022 yang menawarkan lebih 20,000 peluang pekerjaan kepada belia-belia di Malaysia dari lebih 300 majikan yang menyertai karnival ini.
Menurut Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Karnival Kerjaya ini menyasarkan untuk membantu belia termasuklah graduan muda dan individu yang sukar untuk bangkit kembali mencari pekerjaan akibat pandemik Covid-19 sejak 2 tahun yang lalu.
Selain itu, karnival kerjaya yang berlangsung selama 3 hari bermula 24hb Jun 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur ini yang menjadi medan kepada para pencari kerja dan majikan akan turut menyediakan pelbagai aktiviti seperti ceramah, klinik resume, kaunseling, serta latihan dan bimbingan bagi membantu para pencari kerja meningkatkan lagi perkembangan kerjaya.
BNYJF2022 ini dapat membantu memberi pendedahan kepada para pencari kerja dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk sentiasa bersaing di peringkat global.
Tambah Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi lagi, masih wujudnya peningkatan yang amat membimbangkan di kalangan Graduan muda tentang pekerjaan, dan juga peningkatan tempoh pengangguran dalam kalangan graduan terlatih, perkara ini perlu digabungkan lalu diwujudkan sebuah kitaran ganas yang menyebabkan kapasiti Penyerahan buruh dalam ekonomi yang berleluasa masa kini.
Oleh itu, perkara ini amat penting bagi graduan muda dan professional untuk mempunyai pengetahuan dan kepakaran bagi mendapatkan jawatan yang diidamkan dalam sesebuah organisasi.
Karnival Kerjaya BNYJF2022 yang kembali pada tahun ini dengan skala lebih besar dari sebelumnya bukan sahaja menawarkan peluang pekerjaan malah ianya akan memberi peluang para belia dan graduan muda untuk belajar mengenai apa yang diperlukan dalam mendapatkan pekerjaan yang ditawarkan sektor kerajaan mahupun swasta.
“Ekspo ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial Barisan Nasional untuk membantu mengatasi masalah pengangguran di negara kita. Kita perlu pastikan graduan bersiap sedia menghadapi pasaran kerja yang berdaya saing masa kini. Ekspo ini juga sebuah platform untuk pencari kerja dan pelajar dalam memasar dan melengkapkan diri dengan baik,” katanya ketika Sidang Media selepas merasmikan Karnival Kerjaya BN Youth Job Fair 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur disini hari ini.
Dalam pada itu, Karnival kerjaya ini juga turut menyediakan sokongan pembiayaan, tawaran rumah mampu milik, serta menyediakan ceramah dan kursus latihan kemahiran bagi meningkatkan dan mengasah lagi kemahiran insaniah dan sosial mereka.
“Saya percaya karnival kerjaya ini bukan sahaja membantu para belia, ianya juga sudah semestinya akan dapat membantu ekonomi negara. Saya yakin ekonomi akan dapat diperkukuhkan lagi setanding dengan ekonomi negara-negara yang lain,” ujar Pengerusi BN Datuk Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Karnival kerjaya yang dianjurkan oleh Sekretariat Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia serta Pemuda Barisan Nasional Malaysia ini turut mendapat kerjasama Kementerian Sumber Manusia yang disokong oleh Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Pengajian Tinggi, PERKESO, Human Resources Development Corporation (HRD Corp), NIOSH, Talent Corp serta Tabung Pembangunan Kemahiran.
Antara syarikat-syarikat yang turut mengambil bahagian dalam karnival kerjaya ini seperti Open University Malaysia (OUM), Perbadanan PR1MA Malaysia, Boustead Holdings Berhad, MAHSA University, MRCB, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tenaga Nasional Berhad (TNB), MDV, Best Eternity, DRB Hicom dan banyak lagi.