KUALA LUMPUR 25 Jun 2022 – Sebuah Parti Politik yang dalam proses penubuhannya akan menjadi satu lagi wadah perjuangan rakyat Malaysia bagi pembangunan ekonomi.
Parti baharu itu yang dikenali sebagai “Barisan Penyatuan Nasional” akan memperjuangkan ekonomi rakyat dan negara, serta akan menghentikan perbalahan parti-parti politik melayu yang lain.
“BPN ini akan bangkit dan fokus kepada penyatuan parti-parti politik dan memberi tumpuan kepada ekonomi rakyat dan negara, katanya ketika Sidang Media selepas Mesyuarat kali pertama disini hari ini.
Namun, Presiden Barisan Penyatuan Nasional, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, BPN sentiasa mengalu-alukan parti politik yang berminat untuk bekerjasama demi rakyat Malaysia.
“Apa yang dibentangkan pada hari ini adalah ekonomi, sekarang ini BPN bukannya berjanji dahulu tetapi buat dahulu.
“Apabila kita dapat selesaikan masalah-masalah rakyat serta isu-isu yang ada di negara kita, secara tak langsung parti politik lain akan bersama-sama sebab BPN membawa hala tuju yang betul, katanya lagi.
Tambah Ibrahim Yahaya, parti ini sudah pun didaftarkan di ROS (Pendaftar Pertubuhan) tetapi sehingga kini ia masih lagi menunggu untuk diluluskan.
Difahamkan setakat ini sahaja keahlian setiap Negeri mempunyai 1 Ahli JawatanKuasa (AJK).
Antara agenda utama BPN ini ditubuhkan ialah menyediakan rumah percuma kepada B40 yang bergaji RM1,500 ke bawah dengan peruntukan berjumlah 1 juta rumah untuk seluruh negara.
“Saya seru kepada rakyat Malaysia bersama-sama membangunkan ekonomi ini dengan peruntukan yang ada supaya manfaat ini dapat dirasai bersama.
“Saya harap dengan munculnya BPN ini akan menyedarkan parti-parti lain dapat bergabung untuk memberi tumpuan pada ekonomi rakyat dan negara, jelasnya
Justeru, cara untuk menyertai BPN ini adalah melalui online serta perlu mengisi borang keahlian dengan yuran kemasukan adalah PERCUMA.
Semua ahli-ahli yang sudah mendaftar akan diberikan satu insurans dimana ahli sekiranya berlakunya kematian, BPN akan memberikan pampasan sebanyak RM 20,000 sebagai khairat kematian.
BPN juga akan memberikan satu kad dibawah bank-bank dimana pengguna akan membawa kad itu pergi ke mana-mana sahaja hospital untuk mendapatkan rawatan percuma walaupun penyakitnya kronik.
Ketika ditanya adakah ada ahli parlimen yang telah pun berminat menyertai BPN ini, beliau berkata benda ini tidak perlu beritahu disini bagi mengelak dari Isu lompat parti.