RAWANG – Sekiranya BN hendak buat PRU15 pada bila-bila masa sekalipun, kita (Pakatan Harapan) sudah pun bersedia, demikianlah kata Ketua Pembangkang Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Menurut Anwar, sekarang ini parti-parti komponen dalam Pakatan Harapan sama ada PKR, DAP mahupun AMANAH akan perkuatkan parti dan jentera masing-masing bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 nanti.
“Saya menang di Parlimen Port Dickson sebelum ini pun dengan rekod 90 peratus sokongan kaum India, jadi saya yakin PRU15 kelak kita (PH) akan menang dan membentuk kerajaan.
“Masalah-masalah seperti jalanraya kampung, pekerjaan adalah Isu yang sama sejak Malaysia merdeka lebih 60 tahun. Sebab itulah kita kena perkuatkan parti kita setelah apa yang berlaku semasa 22 Bulan pentadbiran PH yang lepas, katanya ketika Sessi Road tour PH India di Dewan Sri Maha Mariamman di Batu 17 Rawang hari ini.
Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Dr. Sathia Prakash Nadarajan.
Tambah Anwar lagi, “saya akui ketika PH memerintah memang ada buat kesilapan. Tapi ketika itu Perdana Menteri nya ialah Dr Mahathir Mohamad
“Depa kata ‘Hidup Melayu’, tapi sana curi, sini curi, 1mdb curi, TNB curi, FELDA curi, Pengerusi pula sibuk naikkan gaji bulanan, katanya