CYBERJAYA – Rakyat Malaysia sekali lagi boleh berbangga apabila ada syarikat tempatan berasaskan kulat cendawan, DXN Holdings Bhd (DXN) kini membawa nama negara di persada dunia dan beroperasi secara global di lebih 180 negara.
DXN beribu pejabat di Malaysia, diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Lim Siow Jin, ditubuhkan pada 1993, dengan kira-kira 14.9 juta keahlian di seluruh dunia dan ada yang sudah bergelar jutawan.
Jika Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menggunakan lambang ular pada simbol rasminya, DXN pula menggunakan konsep naga sebagai asas tunjang perniagaan, yang menjadi rahsia kejayaannya selama ini.
Konsep Eka Naga, Eka Pasar, Eka Minda, masing-masing mempunyai misi dan fungsi yang membentuk kejayaan DXN pada hari ini sehingga diiktiraf dan mendapat pensijilan dalam serta luar negara.
Konsep Eka Naga diterjemah satu naga, kesemua operasi dibawah seliaan DXN sendiri bermula dari perladangan di Kedah, pemprosesan, pembuatan, pembungkusan, dan pemasaran produk berasaskan kulat cendawan dengan kawalan proses yang ketat, berkualiti serta terjamin.
Eka Pasar dan Eka Minda pula masing-masing berfungsi untuk membentuk jaringan ke seluruh dunia di bawah satu bumbung DXN dan membantu membangunkan perniagaan sambil menikmati hasil dan kelebihan tersendiri yang ada di syarikat itu.
Pengarah Pemasaran DXN, DXN Marketing Sdn Bhd, Ashish Jasani berkata pihaknya percaya kepada pepatah jauh perjalanan, luas pengalaman.
Justeru, syarikat yang sudah membangun hampir 30 tahun itu sudah pun berada di kebanyakan negara di seluruh dunia, sekali gus membantu ekonomi ahli semakin bertambah baik khususnya di Malaysia.
“Kita telah bantu ramai orang di 180 negara. Ia jadi satu bentuk perniagaan yang baik. Kita juga berbangga sebagai syarikat tempatan yang paling kukuh dan dipandang di seluruh dunia.
“DXN antara platform yang benar-benar melaksanakan konsep pemasaran pelbagai peringkat (MLM) yang memperoleh hasil daripada jualan produk, malah di peringkat kilang dijual kepada pelanggan di seluruh dunia.
“DXN mempunyai lebih 200 rangkaian produk berasaskan kulat cendawan ganoderma dengan segmen terbesar adalah minuman kopi, diikuti makanan kesihatan, makanan dan minuman, produk penjagaan kulit dan kecantikan diri, kosmetik, selain penjagaan rumah dan siri sistem rawatan air.
“Pendek kata, semua di bawah satu bumbung, sama seperti konsep One Dragon (Eka Naga), ” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ANITA & DXN meraikan 500 jemputan termasuk anak yatim asnaf daripada Rumah Anak Yatim Nur Hasanah dan Muhibbah, Ampang, di Grand Ballroom, DXN Cyberville, di sini.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Presiden Anita Bikers/Anita Entertainment & Productions (ANITA), Anita Yusop selain barisan selebriti, ahli Anita Bikers serta pengamal media dan ‘blogger’.
Ashish berkata, majlis berkenaan juga sebagai platform kepada DXN untuk terus berkolaborasi dengan ANITA kerana syarikat mengutamakan pendekatan kepada masyarakat yang memerlukan.
“Syarikat kita sedang berkembang pesat, jadi DXN kini sedia membantu masyarakat di luar sana dan sama-sama meningkatkan ekonomi negara.
“Konsep kita unik, satu dunia satu pasaran. Sistem ini ada di seluruh dunia. Pada masa yang sama, kita sebarkan konsep ‘health, wealth, and happiness’,” katanya.
Untuk rekod, ibu pejabat DXN kini beroperasi di DXN Cyberville, meliputi tujuh galeri, dewan terbuka utama yang boleh menghimpunkan ahli DXN, bilik mesyuarat, dan menariknya terdapat helipad yang boleh menempatkan ruang menurun dan membawa penumpang helikopter di tingkat tiga bangunan sama.