A general view of the headquarters of Malaysia's central bank, Bank Negara Malaysia, in Kuala Lumpur January 29, 2013. REUTERS/Bazuki Muhammad/File Photo

KUALA LUMPUR – Wanita UMNO Malaysia menggesa Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) memberi penjelasan dalam “bahasa mudah” kepada rakyat berkenaan apakah signifikannya BNM menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sehingga 3%.

Menurut Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Rosni Binti Zahari, “Bank Negara Malaysia (BNM) sehingga hari ini telah memberikan penjelasan yang kurang difahami dan terlalu teknikal sehingga menimbul persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan.

Kesan kenaikan OPR secara agresif, yang merupakan kali ke lima sejak Mei 2022 ini telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik dan amat membebankan peminjam-peminjam terutama golongan B40.

“Kenaikan OPR secara agresif, yang merupakan kali ke lima sejak Mei 2022 ini telah menyebabkan kadar bayaran balik pinjaman meningkat secara drastik

“Ia amat membebankan peminjam-peminjam terutamanya B40, katanya.

Tambah Datuk Rosni, Wanita UMNO juga ingin mencadangkan agar BNM mengambil jalan tengah dan mempunyai sedikit empati dengan mengarahkan semua bank agar memberi pengecualian kenaikan ini kepada golongan sasar atau terjejas, katanya dalam satu kenyataan Media hari ini.

Justeru, Wanita UMNO mendesak BNM agar memberi jaminan bahawa tiada lagi kenaikan OPR dalam masa terdekat dengan mengambil kira nasib rakyat yang sedang bergelut dengan situasi ekonomi yang sangat mencabar.

Leave a Reply