KUALA LUMPUR – Dalam usaha membantu rakyat menjimatkan kos untuk keluarga bagi menyediakan menu makanan, Wiranita Malaysia tampil memperkenalkan program Menu Sarapan Sihat Tapi Sedap.
Disamping penyiapan menu dengan kos harga yang berbaloi, menu ini juga diyakini sihat hasil idea dan kolaborasi Penaung Wiranita, Puan Sri Nisa Bakri dan Chef Daniel Green yang diterbangkan khas dari Amerika Syarikat.
Menerusi program pelancaran menu sihat itu, Nisa dan Chef Daniel menghidangkan menu Nasi Kerabu dan Seafood Omelet with Thai Sauce.
Bukan sahaja enak dan kaya dengan nutrisi, Nisa dan Chef turut memberikan tips pengambilan portion makanan perlu betul supaya dapat mengekalkan khasiat dan kebaikan dalam setiap menu hidangan.
Untuk rekod, Nisa Bakri adalah Chef Selebriti yang sering berkongsi pelbagai resepi kerana minatnya terhadap bidang masakan.
Malah Nisa turut mengeluarkan pes masakannya yang diberi nama Nisa Bakri Gourmet yang berkonsepkan ‘easy healthy cooking.
Manakala Chef Daniel adalah pakar pemakanan sihat dan tukang masak selebriti televisyen yang terkenal di beberapa negara Asia dan Amerika Syarikat.