PANTAI DALAM – Tuah Ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapalah yang tahu. Begitu lah perasaan Pemilik Restoren Anis Puteri Pantai Dalam yang selama 22 tahun ini asyik turun naik pejabat tanah untuk memastikan tapak restoren menjadi miliknya.
Menurut Pengasas Restoren Anis Puteri, Puan Rozita Mohamad, selama lebih 2 dekad mengalami suka duka dalam mengusahakan perniagaan restorennya. Tetapi kini, Puan Rozita sudah boleh menarik nafas lega apabila tapak restorennya sudah bertukar menjadi miliknya baru-baru ini.
“Sejak tahun 1990, sudah berpuluh-puluh permohonan dihantar, namun tiada sebarang perkembangan terkini mengenai status tanah itu. Ada yang pegawai yang dia jumpa sudah pun bersara dari kerajaan.
“Pelbagai alasan diberikan ketika itu iaitu Tanah ini tidak sesuai untuk penempatan dan restoren. Tetapi saya tidak akan berputus asa untuk mendapatkannya kerana disini bermulanya kisah hidup saya.
“Dari zaman Datuk Sri Utama Raja Nong Chik sehinggalah zaman Tan Sri Musa, baharulah semuanya selesai, katanya ketika ditemui Media di kediamannya petang ini.
Tambah Pn Rozita lagi, “Apabila Tanah itu bukan milik kita, sebenarnya agak sukar untuk menjalankan perniagaan kerana untuk mendapatkan lesen perniagaan hendaklah ada geran Tanah. Takkan nak perbaharui Lesen Menduduki Sementara (TOL) sahaja.”
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut rasa terkejut dengan berita gembira ini sambil berkata, ‘ini kejayaan yang sepatutnya anak Melayu tuntut’.
Terdahulu, anak kelahiran kelantan ini hanya menerima Lesen Perdagangan dan Penempatan di tapak tanah ini.