KUALA LUMPUR 26 Jun 2022 – Perdana Menteri YAB Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob turun padang membuat tinjauan mengejut di salah sebuah pasaraya di Ibu Negara bagi melihat dan mendengar sendiri keluhan rakyat berkaitan harga barangan.
Ini adalah lawatan mengejut pertama beliau, dan akan sentiasa melakukan lawatan mengejut seperti ini dimana-mana sahaja beliau hendak pergi tidak kira siang ataupun malam sekalipun.
Mengulas lanjut, Ismail Sabri juga tidak menafikan wujudkan kenaikan harga ayam dan barangan lain sebelum 1 Julai ini.
“Contohnya Ayam, kita masih lagi beri subsidi sehingga 30 Jun (akhir bulan), tetapi saya tidak faham kenapa masih ada lagi pemborong yang jual pada harga RM8.90, sepatutnya harga RM8.90 mestilah lebih rendah kerana peruncit juga mesti ada untung sikit, katanya selepas melakukan tinjauan mengejut di NSK Quill City Mall disini.
Perdana Menteri juga berkata, tinjauan mengejut ini akan kerap dilakukannya bagi memastikan peniaga tidak mencatut harga sebelum 1 Julai ini.
Dalam pada itu, Ismail Sabri juga memberitahu bahawa satu Mesyuarat Khas akan diadakan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPNDHEP) bagi membincangkan Isu sekuriti makanan serta harga siling ayam dipasaran pada 1 Julai ini.
“Saya harap MAFI dan KPDNHEP boleh mengambil tindakan tegas jika ada peniaga yang mencatut harga yang melampau, jelasnya
Ismail Sabri ketika melakukan tinjauan mengejut ini juga meluangkan masa mendengar sendiri keluhan rakyat mengenai harga barang.