SHAH ALAM, 27 Jun 2022 – Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Sri Dr Khir Toyo hari ini hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam untuk sebutan kes perceraiannya.

Difahamkan isteri beliau, Zaharah Kechik telah menfailkan permohonan cerai terhadap Dr. Mohd Khir sejak 24 Februari 2022 lalu tanpa sebarang sebab.

“Isteri saya yang memohon perceraian ini tanpa sebarang sebab, jadi inilah puncanya

“Saya sudah mendirikan Rumahtangga bersama isteri selama 30 tahun. Jadi, tiada sebab untuk saya melafazkan cerai terhadap isteri saya

“Kita biarkan mahkamah yang tentukan, kata Dr. Khir Toyo ketika ditemui wartawan di perkarangan mahkamah syariah disini

Bagaimanapun Hakim Syarie, Masnizar @ Mohd Nizar Mohtar memerintahkan Dr. Mohamad Khir dan Zaharah, 57, hendaklah melantik hakam islah atau wakil lelaki daripada keluarga masing-masing.

Seterusnya hakam keluarga ini akan berjumpa sesama mereka yang kemudian menghantar laporan hasil perbincangan itu kepada Mahkamah Rendah Syariah.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas mahkamah mendapati berlaku ‘shiqaq’ atau perbalahan berpanjangan dalam hubungan suami isteri itu.

Ia susulan proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dihadiri oleh kedua-dua plaintif pada minggu lalu gagal mencapai pendamaian dalam rumahtangga mereka.

Pelantikan hakam islah itu mengikut Seksyen 48, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam 2005.

Dr. Mohd Khir bagaimanapun mempertahankan dirinya untuk tidak meneruskan perceraian itu oleh kerana beliau masih menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Sebagai suami saya sudah laksanakan tanggungjawab saya sebab saya nampak tiada sebab untuk saya meneruskan perceraian ini.

Mahkamah juga menetapkan 14 Julai ini sebagai tarikh sebutan kes tersebut.

Leave a Reply