KUALA LUMPUR – HONOR mengumumkan pelantikan pelakon China, Yang Yang sebagai duta global jenama itu bagi model baharu Siri HONOR 90 yang dinanti-nantikan ramai.

Gambar di atas memaparkan Yang Yang mengayakan kot berwarna kuning air sambil memegang kad kakitangan HONOR, menggambarkan gaya elegan dan ketenangan seperti warna Diamond Silver baharu Siri HONOR 90.

Sebelum ini, HONOR telah mendedahkan gambar promosi memaparkan rekaan menawan seakan berlian Siri HONOR 90 dengan tekstur kontras dan warna yang melambangkan komitmen berterusan HONOR mengutamakan nilai estetik dalam rekaan telefon pintar.  

Pelantikan Yang Yang, rekaan serta warna baharu peranti berkenaan membawa kejutan kepada peminat seluruh dunia.

Siri HONOR 90 membawa kehebatan pengimejan ke peringkat lebih tinggi dengan Kamera Penderiaan Super 200MP, penaiktarafan mengagumkan berbanding pendahulunya dan turut disebut-sebut bakal menaikkan standard telefon pintar yang fenomena.

Susulan pengumuman duta global baharu ini, HONOR sedang bersiap sedia melancarkan Siri HONOR 90 di China pada petang 29 Mei, baru-baru ini.

Untuk maklumat lanjut layari Facebook dan laman sesawang rasmi HONOR Malaysia.

By Cynthia

Leave a Reply