KUALA LUMPUR, 6 Julai 2022 – Waran tangkap yang pernah dikeluarkan terhadap Bekas Isteri Ahli Perniagaan Emilia Hanafi, 44 telah dibatalkan Mahkamah Majistret hari ini yang sebelum ini tidak hadir dalam kes jenayah terhadap Bekas Suaminya SM Faisal SM Nasimuddin.

Hari ini Emilia hadir ke Mahkamah bersama peguamnya Nazri Yahya, dan Peguam Syarie, Nizam Bashir

Turut hadir bersama ialah Pegawai Komunikasi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Gulab Jan Faizal Eladi dan Pengasas Into Taqwa Malaysia & Taqwa Care, Fara Othman.

Waran itu yang sebelum ini pernah dikeluarkan pada 20 Mei lalu disebabkan ketidakhadiran Emilia sebagai Pengadu dan Saksi Utama kes ini sebanyak tujuh (7) kali.

SM Faisal telah menfailkan kes ‘commital’ terhadap Emilia kerana didakwa telah menukarkan tarikh lawatan Bekas Suaminya itu dengan Anak-anak.

Bagaimanapun SM Faisal didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan Emilia Hanafi pada 2016 yang lalu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah telah pun menjatuhkan hukuman penjara selama seminggu terhadap Emilia baru-baru ini.

Emilia, ibu kepada 3 anak telah pun selesai menjalani hukuman penjara 7 hari.

Peguam yang mewakili Emilia, Nazri Yahya turut memberitahu wartawan bahawa Emilia Hanafi hari ini hadir ke Mahkamah bagi menjelaskan kepada Majistret, Nadia Othman kenapa beliau tidak dapat menghadiri 7 prosiding mahkamah sebelum ini dengan mengemukakan beberapa sijil sakit kepada mahkamah.

“Emilia turut berjanji kepada Majistret bahawa beliau akan hadir semua prosiding kes selepas ini dimana prosiding seterusnya dijadual pada 15 Julai 2022 ini,” katanya kepada wartawan disini perkarangan mahkamah disini hari ini.

Malah, kami difahamkan Bekas Suami Emilia, SM Faisal turut hadir prosiding hari ini dengan ditekan peguamnya.

Prosiding kes keganasan rumah tangga ini difahamkan telah pun berlangsung sejak 6 tahun lalu iaitu sejak ianya difailkan pada 2016. Namun ketika itu, mahkamah ketika itu telah melepas dan membebaskan SM Faisal tanpa perbicaraan.

Kemudian, pihak pendakwaraya segera mengemukakan rayuan agar kes ini dibuka dan dibicarakan semula.

Leave a Reply