editor@aatvnews.com

Oleh: Lai Chen Heng (Andre) AMW
Ketua Cabang Wangsa Maju
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 27 Jun – Tanggal 10 Zulhijjah pastinya umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha dengan menzahirkan lambang perpaduan hakiki yang menerima keesaan Allah SWT, Rasulullah SAW sebagai satu-satu pemimpin dan ikutan, Al-Quran sebagai pedoman dan jihad serta pengorbanan sebagai satu dorongan.

Pun begitu, Islam juga menuntut umatnya mengamalkan ajaran agama melalui penghayatan mendalam tentang pengorbanan yang dilakukan umat terdahulu dalam memastikan Islam terus dipelihara malah dikembangkan dalam konteks bernegara sesuai dengan keadaan Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Gagasan Malaysia MADANI jelas mempraktikkan enam konsep yang bertepatan dengan manifestasi perayaan Hari Raya Aidiladha iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.

Jika diteliti, umat Islam malah seluruh rakyat Malaysia perlu memahami intipati enam teras Malaysia MADANI yang digariskan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai panduan memastikan semua kaum dalam negara ini terus menikmati suasana politik yang stabil, memerangi rasuah dipergiat dan mengamalkan nilai-nilai murni sepanjang masa tanpa meninggalkan pegangan agama masing-masing.

Kerajaan MADANI sedang dan terus giat berusaha memastikan Aidiladha dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kemakmuran menerusi simbol penyatuan dan perpaduan yang diterapkan dalam aspek pentadbiran dan tata kelola yang mampan.

Justeru adalah wajar Hari Raya Aidiladha dimaknai dengan menginsafi pengorbanan para pejuang tanah air memastikan negara Malaysia yang kita cintai ini terus membangun dalam acuan dan kerangka gagasan Malaysia MADANI.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang saya yakin mampu memahami intipati dan makna sebenar Aidiladha sebagai simbol penyatuan ummah dan negara dalam era Malaysia MADANI.

Leave a Reply