KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti terkenal, Neelofa dan suami, Muhammad Haris Mohd Ismail atau dikenali PU Riz dilamar sebagai wajah pertama Fellera Beauty Malaysia Sdn Bhd (Fellera Skin), dalam kempen produk tempatan keluaran syarikat bumiputera itu.
PU Riz, 28, dan Neelofa teruja untuk bekerjasama dalam kempen produk Jelly Ajaib Viral, Bellrossa Advances, keluaran Fellera Skin yang turut diamalkan oleh Neelofa sendiri dan sudah merasai keberkesanannya.
“Kalau sebelumnya saya dan isteri memang mewakili perniagaan sendiri, tapi kali ini kami dilamar pihak Fellera Skin bagi menjayakan kempen mereka. Apatah lagi isteri juga pernah mengamalkan dan rasai kesannya.
“Sebenarnya kami seronok dan tumpang bangga melihat anak tempatan apatah lagi orang Melayu berjaya dalam perniagaan. Walaupun pada masa sekarang ada banyak persaingan, tapi semangat dibawa mereka ini turut memberi aura positif buat saya dan isteri.
“Saya percaya, kejayaan yang dimiliki mereka hari ini bukan saja datangnya daripada pelanggan setia tapi juga kesan daripada produk yang bagus. Disebabkan itu, diharapkan kerjasama kami ini sedikit sebanyak membantu untuk menyebarkan lagi manfaat produk pilihan ramai ini,” katanya.
Menurut PU Riz, seperti wanita yang menitikberatkan penjagaan kesihatan dalaman, golongan lelaki juga perlu melakukan perkara sama.
“Setiap produk yang dikeluarkan pastinya memenuhi manfaat ramai. Disebabkan bahan yang berkualiti dan berkesan jadi kami bersama-sama bersetuju untuk membantu sebarkan lagi ke serata Malaysia supaya dapat membantu menyelesaikan masalah wanita. Bertepatan dengan tagline yang dibawakan ‘Sekali Sedut , Pasti Tak Cari Lain’.
Fellera Skin, syarikat yang menjalankan sistem patuh syariah dan perniagaan secara ejen dan stokis, sudah beroperasi dalam dunia perniagaan kecantikan dan kesihatan sejak 11 tahun lalu.