editor@aatvnews.com
ALOR SETAR, 26 Julai – Masyarakat Siam di Kedah diyakini akan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sokongan itu dinyatakan hasil perjumpaan bersama hampir 40 kepimpinan masyarakat Siam dari seluruh Kedah.
“Kita adakan diskusi ini adalah untuk membincangkan perkara termasuk isu pentadbiran, pembangunan, masa depan masyarakat Siam dan beberapa lagi perkara yang masih membelenggu masyarakat berkenaan..ada perkara yang dibincangkan itu berkaitan dengan ‘new deals’ (manifesto) untuk PRN nanti.
“Saya setuju banyak perkara yang dibangkitkan oleh mereka itu adalah ‘unfinish business’ (benda tidak selesai) dan kita mengambil kira semua perkara itu dan akan dibangkitkan pada pelancaran manifesto yang akan diadakan di Sungai Petani, esok.”
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama Masyarakat Siam di Bangunan Tunku di sini, hari ini.
Mahdzir yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Perpaduan Negeri Kedah berkata, parti itu perlu menang pada PRN bagi membolehkan kerajaan negeri yang diperintah mereka nanti membawa isu dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan berkaitan istilah ‘Orang Siam’ dan ‘Orang Thai’ (Thailand).
“Salah satu yang kita mahu bawa berbincang dengan kerajaan Persekutuan adalah berkaitan dua istilah itu dimana ada masalah ketidakfahaman dikalangan segelintir pegawai kerajaan..semua yang duduk di Kedah ini merupakan keturunan Siam warganegara Malaysia.
“Tetapi ada pegawai yang tidak faham dan gelar mereka ‘Orang Thai’ yang mana sebenarnya merujuk kepada negara Thailand..benda ini perlu diselesaikan di antara kerajaan negeri dengan Persekutuan, jadi sekiranya kita menang pada PRN nanti, perkara ini antara benda yang akan dibawa berbincang bersama rakan kepimpinan di Putrajaya,” katanya.