SEREMBAN: Calon Barisan Nasional (BN) Lenggeng, Mohd Asna Amin akan berhadapan tiga penjuru di DUN itu dalam Pilihan Raya Negeri.

Asna akan berhadapan dengan dua lagi saingan iaitu calon Perikatan Nasional (PN), Fadli Che Me dan calon Bebas, Zul Akzi Mat Sulop.

Jumlah pengundi berdaftar di Lenggeng seramai 27,386.

Sebelum itu, Asna ke ke pusat penamaan calon bersama pimpinan dan jentera BN Seremban.

Pimpinan yang bersamanya ke Pusat Penamaan Calon, Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh dan
penyandang kerusi DUN Lenggeng, Suhaimi Kassim.

“Langkah ini langkah kita bersama, susah senang ini susah senang kita bersama,” katanya.

Asna juga berkata beliau selesai menghantar borang pencalonan dan telah diterima sebagai calon bagi Dun Lenggeng mewakili PH-BN.

“Saya merupakan calon nombor 3. Jutaan terima kasih kepada semua penyokong dan pasukan kempen yang hadir memberi semangat semasa penamaan calon tadi.

“Sokongan semua amat saya perlukan agar Dun Lenggeng ini dapat membangun dan pertambahan ekonomi yang lebih pesat untuk Negeri Sembilan di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Leave a Reply