SEREMBAN- Dakwaan UMNO mengikut telunjuk DAP hanyalah momokkan daripada pembangkang, kata Calon Barisan Nasional (BN) Lenggeng, Mohd Asna Amin.

Beliau berkata jika UMNO dikawal DAP, parti itu tidak akan mendapat kerusi tambahan di Negeri Sembilan dan Selangor pada PRN ini.

“Itu momokkan sahaja. Kalau betul kita dicengkam dan ditekan di bawah kerajaan perpaduan, kami takkan dapat kerusi tambahan.

“Malahan di Selangor dapat kerusi tambahan. Kerajaan perpaduan bagi. Malah DAP bagi kerusi pada UMNO di Lenggeng,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Asna berkata ini membuktikan UMNO tidak ditekan DAP.

Beliau berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah tunjuk partinya tidak ditekan DAP.

“Malah (boleh) duduk dalam satu kerajaan, saling melengkapi dan bincang atas apa sahaja dasar.

“Kalau betul UMNO ditekan dalan kerajaan perpaduan, kenapa DAP serah kerusi pada UMNO,” katanya.

Sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa DAP mempunyai pengaruh yang kuat dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi berkenaan mendakwa kerajaan Anwar akan jatuh jika DAP menarik sokongan berikutan biarpun hanya terdapat empat menteri daripada DAP dalam Kabinet tetapi dalam kerajaan terdapat 40 ahli DAP

Leave a Reply