editor@aatvnews.com

Oleh : Rizal Adam

Bulat mata penggiat ehailing dan phailing apabila untuk setakat ini belum ada kenyataan daripada pihak pembangkang berkenaan dengan isu-isu ehailing dan phailing.

Setakat ini hanya parti kerajaan yang gigih untuk menyelesaikan isu-isu dalam kedua-dua sektor tersebut yang terus diselubungi kecacamarbaan sehingga satu Suruhanjaya Ekonomi GiG Malaysia SEGiM terpaksa dicadangkan bagi mencari jalan supaya penggiat ehailing dan phailing dibela.

Setakat ini hanya parti kerajaan yang tampil menyantuni kelompok hero tidak didendang ini dengan mengatur pelbagai program termasuk bertemu dengan penggiat ehailing dan phailing bagi mendengar permasalahan mereka.

Sepatutnya pembangkang perlu menyedari bahawa industri ehailing dan phailing ini melibatkan ratusan ribu penggiatnya yang pada ketika ini ditindas secara langsung dan tidak langsung oleh sistem gig ekonomi.

Apa yang saya mahukan ialah agar parti pembangkang mengambil peluang untuk menyaingi parti kerajaan dalam menawarkan cadangan atau kerja yang mereka boleh lakukan untuk menyelesaikan kecacamarbaan kedua-dua sektor yang kritikan di dalam sistem gig ekonomi.

Ingat kempen mulut kemulut oleh pemandu ehailing terutama apabila berbual dengan berjuta penumpang boleh menggagalkan hasrat mana-mana parti politik untuk menang PRN ini..

Terima kasih dan ingatlah siaran ini bukan bertujuan untuk kempen politik tetapi waktu PRN inilah waktu yang paling sesuai untuk kami menilai mana intan mana kaca.

Leave a Reply