SEREMBAN: Anak Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Nurul Hidayah membantu kempen calon Barisan Nasional (BN) DUN Lenggeng, Mohd Asna Amin semalam dalam satu program Majlis Taqarrub di kawasan berkenaan.

Asna berterima kasih kepada Nurul kerana membantu dan memberi semangat kepadanya untuk terus bekerja.

“Berkesempatan menyertai Majlis Taqarrub pada petang semalam.

“Semangat yang padu daripada jentera-jentera diberikan untuk terus semangat dalam mengharungi perjuangan ini,” katanya.

Asna juga berkata akan terus bersemangat demi meraih kemenangan buat BN di Lenggeng.

Semalam, Asna juga menyantuni masyarakat India di DUN Lenggeng.

Katanya, kehadirannya itu disambut baik oleh masyarakat India di DUN berkenaan.

“Menghadiri program bersama masyarakat India yang sedang meraikan majlis mereka.

“Sempat untuk bertanya kabar dan berkongsikan pendapat bersama mereka,” katanya.

Leave a Reply