KUALA LUMPUR – Personaliti media dan penyanyi, Iman Troye terus komited melaksanakan tanggungjawab sebagai ikon dan duta membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meraih pencapaian terbaik dalam peperiksaan.

Duta dan ikon Pusat Peningkatan Akademik dan Pakar dalam Membantu Pelajar SPM (PTTI) itu mahu hadir memberi semangat dan motivasi kepada pelajar SPM menerusi siri jelajah ke seluruh negara.

Iman atau nama sebenarnya Siti Nur Alyssa Sahabudin, 21, berkata kehadirannya bukan sekadar duta dan ikon, tapi ia tanggungjawab yang perlu dijalankan dengan sebaiknya.

“Pada program ini lebih 1,000 pelajar daripada Tingkatan 4 dan 5 terbabit dalam program. Bagi saya, penyertaan ini cukup memberangsangkan selain melihat usaha mereka untuk lulus cemerlang pada SPM akan datang.

“Saya berharap kehadiran saya bersama pasukan PTTI dapat memberikan semangat yang jitu kepada mereka. Saya mahu apa saja usaha yang dilakukan bakal membuahkan hasil terbaik kepada mereka.

“Apa yang pasti, saya bersama PTTI komited untuk terus membantu pelajar yang bakal menduduki SPM ini agar mereka berada di landasan betul,” katanya pada program Seminar Roadtour Skor A+ SPM, di Hotel Grand Renai, Kota Bharu, Kelantan.

Pada seminar itu, mata pelajaran yang disampaikan adalah Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Kimia dan Matematik Tambahan.

Persediaan yang dibuat PTTI ini selaras dengan pengumuman dibuat Kementerian Pendidikan (KPM) mengenai SPM yang diawalkan bermula 5 Disember depan (peperiksaan amali SPM).

Dalam masa sama, PTTI akan meneruskan siri jelajah sempena cuti sekolah di IDCC Shah Alam pada 2 September ini.

“PTTI dalam misi nak membantu 100,000 pelajar SPM seluruh Malaysia untuk tingkatkan prestasi akademik dari Gagal ke A menerusi kelas tuisyen dalam talian.

“PTTI turut mengadakan siri jelajah ke sekolah di seluruh negara secara percuma dalam usaha membantu KPM dan negara bagi memastikan standard pencapaian murid tercapai,” menurut PTTI.

https://www.instagram.com/reel/CwkVOooswrE/?igshid=MWZjMTM2ODFkZg==