SHAH ALAM – Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI julung kalinya mencatat sejarah negara dengan rekod jumlah pelajar memperoleh A dalam semua mata pelajaran.

Malaysia Book Of Records (MBOR) mengiktiraf PTTI kerana menjadi penyumbang pusat peningkatan akademik membantu 123 pelajar SPM 2022 memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran termasuk seorang daripadanya mencatat keseluruhan 11 A+.

Ketua Pegawai Operasi PTTI Group Sdn Bhd, Muhd Habibunajjar Sazali berkata, ia satu pengiktirafan besar daripada pihak MBOR kepada PTTI yang sudah bertapak di negara ini sejak 2015.

“Saya berterima kasih kepada MBOR kerana mengiktiraf pencapaian kami. Pengiktirafan ini menjadikan kami untuk terus bekerja keras bagi memastikan seramai mungkin pelajar kami mendapat keputusan cemerlang dalam SPM tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sijil pengiktirafan MBOR yang disampaikan oleh wakilnya, Siti Hajar Johor dan Jeska Seah pada satu majlis ringkas, di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, pada Sabtu.

Berkongsi lanjut, Habibunajjar berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 daripada keseluruhan lebih 10,000 pelajar untuk mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran SPM tahun ini.

“Kami sedia maklum mengenai keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam proses untuk mengembalikan takwim SPM seperti sebelum pandemik Covid-19.

“Kami sedang menyusun semula program tuisyen PTTI bagi menyesuaikan dengan pelaksanaan peperiksaan berkenaan,” katanya.

Leave a Reply