KUALA LUMPUR – Puteri UMNO melahirkan perasaan gembira apabila pendakwaan menghentikan prosiding perbicaraan 47 pertuduhan yang dihadapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata ini berikutan pelbagai persepsi yang dilemparkan kepada Zahid sejak 5 tahun yang lalu.

“Sebagai ahli parti semestinya kami gembiralah dengan keputusan kehakiman itu kerana (kes) dia pun sudah lama.

“Dengan selepas 5 tahun kes itu dikenakan terhadap dia, bermacam persepsi dilemparkan terhadap dia.

“Dan kita tahulah dia, selepas terjadi Isnin lalu, ada pihak suka dan tak suka… tetapi bagi saya sangat gembira dengan berita itu,” katanya.

Jelas Nurul Amal lagi, keputusan mahkamah terhadap kes Zahid sesuatu yang bagus dan lebih lagi beliau sebagai presiden kepada Umno.

Beliau juga membidas tindakan pembangkang yang ingin memainkan isu keputusan Zahid itu.

“Kalau dia semua baik… kalau kita semua jahat.

“Tak boleh macam itu. Kena lihat badan kehakiman satu badan lain. Tidak boleh adili sewenang-wenangnya,” katanya.

Isnin lalu, pasukan pendakwaan mengemukakan 11 alasan menghentikan prosiding terhadap Zahid.

Ia termasuk surat representasi oleh Presiden UMNO itu yang menyatakan pertuduhan dibuat ke atasnya dilakukan secara terburu-buru.

Zahid dibicarakan atas 47 pertuduhan iaitu lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan kes itu kini di peringkat pembelaan yang setakat ini telah memanggil 15 saksi termasuk Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.

Leave a Reply