KUALA LUMPUR – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) berkata ahli-ahli UMNO Sabah sebenarnya telah berpecah kepada dua kelompok walaupun cuba dinafikan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata dengan hanya melihat tidak ada protes terbuka oleh pimpinan dan ahli-ahli UMNO Sabah terhadap Bung dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal adalah satu kebodohan.
“Sebagai aktivis politik yang pernah menjadi barisan hadapan membantu UMNO Sabah sejak tahun 1999, ahli-ahli termasuk pemimpin UMNO Sabah sememangnya telah berpecah kepada dua kumpulan.
“Walaupun cuba dinafikan oleh Bung namun hakikat sebenar UMNO Sabah telah kehilangan sokongan oleh ahli-ahli dan akar umbi UMNO. Data menunjukkan trend ini akan terus meningkat menjelang PRN17 yang datang,” katanya kepada AATV News.
Dalam pada itu, Zulkarnain berkata maklumat terkini yang diperolehi dari badan bebas juga secara jelas menunjukkan majoriti ahli-ahli UMNO diperingkat akar umbi masih menolak kerjasamasa dengan parti Warisan Sabah.
Beliau bekata sebelum ini langkah kerjasamasa UMNO dan Warisan mahu menumbangkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri Sabah yang juga Presiden Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor juga menjadi penyebab utama 5 adun UMNO keluar parti.
Katanya 5 Adun UMNO itu adalah Datuk Dr Yusof Yacob (Sindumin); Datuk Jasnih Daya (Pantai Dalit); Datuk Mohd Arsad Bistari (Tempasuk); Datuk Hamid Awang (Balung) dan Datuk James Ratib (Sugut).
“UMNO Sabah juga telah kehilangan ramai pemimpin pelapis masa hadapan yang telah berhijrah beramai-ramai keluar menyertai Parti GAGASAN diantaranya adalah Datuk Jamawi Ja’afar.
“Rakyat Sabah termasuk ahli-ahli UMNO Sabah pernah merasai betapa dahsyatnya berada dalam pemerintahan Parti Warisan yang diketuai oleh Shafie,” katanya.
Zulkarnain menambah isu pengangguran meningkat, ekonomi Sabah jatuh merudum, isu kronisme, semornasisai, kegagalan membawa masuk pelabur ke Sabah dan yang paling utama adalah dendam ahli-ahli UMNO apabila UMNO hanya dapat bertahan selama 2 hari memerintah Sabah sebelum digulingkan oleh Shafie Apdal.
Pada 26 November lalu, Bung menolak dakwaan bahawa UMNO Sabah kini telah berpecah dan membentuk dua kumpulan.
Bung yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah menyifatkan dakwaan itu hanya persepsi yang dimainkan oleh pihak tertentu untuk memecah belahkan kesatuan dalam UMNO Sabah demi kepentingan politik mereka.
Bung berkata demikian bagi mengulas isu yang ditularkan oleh pihak tertentu di media sosial bahawa UMNO Sabah kini berpecah ekoran pertemuan beberapa pemimpin UMNO bersama Hajiji baru-baru ini.