editor@aatvnews.com

Datuk Hishamuddin Hashim ketika sidang media hari ini

KUALA LUMPUR, 30 Nov 2023 – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) telah didatangi seramai 80 individu yang membuat aduan memaklumkan mereka telah ditipu dan diperdaya oleh sebuah syarikat berdaftar di SSM yang menawarkan satu pelaburan saham kepentingan hartanah.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim,
sehingga kini kebanyakan mangsa masih tidak dimaklumkan kepada mereka perkembangan siasatan semasa kes yang telah diadukan oleh mereka itu yang telah memperdaya ribuan orang.

Kebanyakan mangsa cuba untuk berurusan dengan pegawai penyiasat namun tiada maklum balas positif mereka terima sehingga mereka terpaksa tampil mendapatkan khidmat MHO bagi mendapatkan respon balas daripada peringkat tertinggi PDRM, katanya.

“Konsep pelaburan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut adalah dimana para pengadu dijanjikan dengan satu pemulangan dividen yang lumayan serta manfaat-manfaat lain yang disajikan kepada mereka dimana janji-janji yang diberikan oleh syarikat tersebut adalah tidak benar dan/atau tidak wujud.

“Para pengadu telah dimaklumkan oleh pihak syarikat bahawa syarikat tersebut sedang giat membangunkan perusahaan hartanah, hartani dan pembangunan aset di seluruh Malaysia dimana para pengadu dijanjikan pulangan dividen yang lumayan berdasarkan kepada program yang mereka sertai tersebut.

“Sebelum menyertai skim pelaburan kepentingan hartanah ini, pengadu-pengadu telah dimaklumkan bahawa mereka berhak untuk menebus semula plot-plot tanah dan/atau saham yang dibeli dari syarikat tersebut dimana terdapat proses dan prosidur yang perlu untuk dipatuhi dan diikuti oleh para pengadu.

“Walaupun begitu, setelah permohonan untuk menebus plot-plot itu dilakukan, tiada sebarang pembayaran balik wang pokok pelaburan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pihak syarikat tersebut, katanya ketika ditemui media di Menara KPJ Jalan Tun Razak disini hari ini.

Pihak MHO juga menyerahkan Surat Permohonan perkembangan semasa dibawah seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah berkenaan dengan kes Penipuan Pelaburan Hartanah ke Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf.

MHO juga memohon pihak polis untuk menyiasat perkara yang disebutkan seperti berikut:
a. Menyiasat sama ada tawaran skim pelaburan itu adalah 1 tawaran yang benar atau tidak benar?
b. Menyiasat kevmana perginya wang para pengadu dan ia digunakan untuk tujuan apa?
c. Menyiasat aliran wang pelaburan saham kepentingan hartanah yang diterima oleh
syarikat ini, sama ada ianya digunakan bagi tujuan pelaburan projek seperti yang
dimaklum kepada mangsa-mangsa atau tidak?

MHO walaubagaimanapun ingin mengucapkan ribuan terima kepada pihak polis diatas respon baik dan positif yang diberikan dimana MHO telah dimaklumkan bahawa sebahagian laporan polis yang diadukan ini telah dibuka kertas siasatan dan siasatan telah dijalan ke atas syarikat ini dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Namun begitu, MHO sebagai NGO yang dilantik untuk mewakili mangsa-mangsa ini
ingin menyatakan keluhan kepada pihak polis dimana ada diantara mangsa-mangsa yang masih sehingga kini tidak dimaklumkan kepada mereka perkembangan siasatan kes yang telah diadukan itu. Tambahan dari itu, mangsa-mangsa juga ingin menyatakan satu tempoh masa yang munasabah untuk pihak polis melakukan siasatan telah diberikan kepada pihak polis.

Justeru, ianya adalah merupakan harapan besar daripada mangsa-mangsa yang
terlibat supaya pihak polis dapat memberi perkembangan siasatan kes yang terperinci terhadap syarikat ini yang mana mereka telah menipu dan memperdaya golongan rakyat marhaen yang tidak bernasib baik ini.

Leave a Reply