editor@aatvnews.com

KUALA LUMPUR, 18 Disember – Seramai 8,300 graduan Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) diraikan pada Majlis Konvokesyen Kolej Poly-Tech MARA ke- 39 yang berlangsung di World Trade Centre, Kuala Lumpur dari 18 hingga 22 Disember 2023.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), YB Datuk Hajah Rubiah
Haji Wang dalam ucapannya hari ini melahirkan rasa gembira melihat ribuan
graduan yang Berjaya menamatkan pengajian masing-masing dan bakal
mengalami fasa seterusnya dalam kehidupan.

Tambahnya lagi, majlis konvokesyen seperti ini bukanlah hanya sekadar penganugerahan ijazah mahu pun diploma, sebaliknya apa yang lebih penting inspirasi kepada para graduan yang akan membawa obor kecemerlangan Pendidikan negara.

“Tahun ini, KPTM meraikan jumlah graduan yang terbesar daripada tahun-tahun
sebelumnya. Saya berasa gembira dan berbesar hati kerana KPTM mampu melahirkan anak bangsa yang terdidik dan akan melakar masa depan negara Malaysia MADANI yang gemilang.

“Kejayaan hari ini juga akan menjadi pencetus kepada lebih banyak kejayaan pada
masa hadapan dan memastikan agenda transformasi kerajaan membangun sosio-
ekonomi negara terus gemilang,” katanya.

Majlis penyampaian diploma dan ijazah yang berlangsung dari 18 hingga 22 Disember terbahagi kepada 10 sidang. Majlis ini turut merangkumi penyampaian Ijazah Sarjana Muda Program Bachelor of Art (Honours) in Accounting and Finance 3+0 in Collaboration with Dublin Business School, Ireland (AA231).
Pada majlis ini juga, seramai 1,541 menerima anugerah khas termasuk Anugerah Platinum, Anugerah Pingat Emas, Anugerah Khas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Anugerah Khas Pengerusi KPTM dan Student of The Year Award (Program Bachelor of Arts in Accounting and Finance).

Berdasarkan data daripada kajian Tracers Study oleh Kementerian Pengajian Tinggi 2023, 84 % daripada graduan KPTM memperoleh pekerjaan dalam tempoh 6 bulan selepas bergelar siswazah. Jumlah ini termasuklah yang menyambung pengajian.

Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) merupakan sebuah institusi pendidikan milik penuh MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA CORP) yang menawarkan 45 program pengajian dari peringkat asasi hingga ke pengajian profesional.

KPTM beroperasi di tujuh cawangan termasuk satu yang berstatus universiti iaitu
Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian seperti teknologi maklumat, sains komputer, sains kesihatan, sains sosial, perakaunan, pengurusan perniagaan, kejuruteraan, kemanusiaan dan bio-industri.

Leave a Reply