editor@aatvnews.com

YAB TPM Dr. Zahid Hamidi menegaskan mempunyai maklumat risikan berkenaan Langkah Dubai.

Di antara nama-nama tersebut terselit nama KPPA Dr.Zulkapli yang membatalkan penerbangan beliau pada saat-saat akhir.

Pegawai kerajaan telah diarahKan oleh KPPA untuk membersihkan nama beliau daripada senarai pegawai ke Dubai, namun ianya sudah terlambat. Maklumat telah pun diketahui awal oleh YAB TPM DS Zahid Hamidi.

Akibat terlalu memandang remeh kerajaan semasa, akhirnya Dr. Zulkapli kantoi dalam usaha mencari sokongan dengan bermuka-muka kepada bakal kerajaan baru. Cita-cita beliau untuk menggantikan TS Zuki Ali sebagai KSN baru telah berkubur selepas Langkah Dubai gagal.

Ini amat memalukan, prinsip kesetian kepada kerajaan semasa telah digadai oleh Dr Zulkapli sebagai KPPA dan seorang PTD senior negara ini. Perbuatan ini sangat memalukan penjawat awam.

Sumber PMO menyebut rombakan pengurusan tertinggi pentadbiran awam akan dilakukan dengan kadar segera pada bulan ini.

Kontrak TS Zuki Ali akan ditamatkan lebih awal, samada Wan Dahlan ke KSN atau ke KPPA.

Kedua-dua rombakan iaitu rombakan kabinet dan pegurusan tertinggi awam dijangka akan meningkatkan kualiti kerajaan Anwar. Ini merupakan langkah berani dan mesej jelas tentang political will Anwar sebagai Perdana Menteri.

Leave a Reply