KUALA LUMPUR – Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata kerajaan sepatutnya mengunakan “full fledged” Artificial Intelligence (AI) dalam mengakseskan sistem Aplikasi Pangkalan Data Utama (PADU).

Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan itu berkata kebanyakan sistem atau apa-apa aplikasi yang berada dipasaran dikawal menggunakan kata kekunci (password) yang akan digunakan untuk mengakses atau log masuk sistem termasuk sistem PADU.

Beliau berkata disitu “loophole” yang boleh membuka tirai penyalahgunaan sistem terutamanya kepada warga Malaysia yang bukan “IT literate” atau “IT savvy”, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan lain-lain.

“Amat bahaya, jika ianya tidak disekat atau dibanteras dari awal. Pencerobahan data pasti berlaku,” katanya.

Tambah Gulam yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu berkata manual “intervention” seperti cop ibu jari, imbas anak mata dan titik muka wajib digunapakai untuk akses atau log masuk sistem.

Beliau berkata walaupun kerajaan menegaskan tiada “third party” atau lantikkan mana-mana agen untuk PADU, tetapi pasti akan wujud kerana ini semua melibatkan “dollar & cent”.

“Ini akan memberi keuntungan kepada segelintir pihak. Tak payah tengok jauh… permohonan dan pembaharuan passport Malaysia, berapa ramai agen atau ulat yang menguruskannya dengan bayaran tambahan dikenakan.

“Ini pasti akan membuka “floodgate” untuk scammer, penjualan atau penyalahgunaan data yang amat merugikan rakyat.

“Billion ringgit lesap. Kesian buat Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Kerisauan dan senario ini perlu diambil kira dengan secara serius. Satu sudut mungkin baik (mengawal subsidi) tetapi lagi sudut yang lain membahayakan (scammer). Ini pro dan kontra sistem PADU dari pandangan ikhlas saya,” katanya

Sementara itu, Gulam meminta maaf kerana mungkin pengetahuan beliau berhubung sistem PADU ini mungkin cetek.

Bagaimanapun, beliau berkata sebagai Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, beliau meletakkan diri seperti rakyat biasa yang mempunyai pelbagai persoalan, kerisauan dan polemik yang bermain di fikiran rakyat.

“Kefahaman lebih mendalam terhadap sistem PADU ini akan memudahkan tugas saya untuk sesi atau forum penerangan kepada ahli-ahli UMNO khasnya dan rakyat amnya,” katanya.

Leave a Reply