Trailer Rasmi Pendekar Awang : Darah Indera Gajah

https://vt.tiktok.com/ZSN7CvguC/

https://fb.watch/pleiZfBcV5/?mibextid=Nif5oz

Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah terbitan Studio Kembara ini merupakan filem sekuel Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan. Ia juga adalah prekuel untuk Mat Kilau 2 yang akan dihasilkan pada masa depan.

Filem ini mengisahkan apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat.

Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran. Berjayakah Awang menyelamatkan Tok Gajah dan Haji Sulong serta menewaskan askar terkuat di dunia yang diketuai Kapten Syers kali ini?

Filem Pendekar Awang ini dibintangi para pelakon hebat seperti Fattah Amin sebagai Awang, Nur Fazura (Sayang), Nadhir Nasar (Tahir), Haliza Helmi (Siti), Hazwani Helmi (Minah), Syed Ali Murtadha (Nadim), dan Amir Ahnaf (Andak).

Turut serta membintangi filem ini ialah Amerul Affendi (Tobah), Ruzaidi Rahman (Jalak Pengkor) selain penyanyi terkenal Faizal Tahir dan Mawi.

Pada 2 Januari 2024, majlis Tayangan Perdana dan Sidang Media filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah di Golden Screen Cinema (GSC) IOI City Mall, Putrajaya yang turut mendedahkan nama Pengarah yang mengarahkan filem ini.

Filem ini diarahkan oleh Saiful Reza Shukor dan Shahruddin Dali juga merangkap Penerbit Eksekutif bersama Haji Abdul Rahman Dali. Manakala Reza Hilman dan Mohd Khoharullah Abdul Majid pula merangkap koreografer bagi adegan pertarungan.

Menurut Rahman, penggambaran filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini dimulakan pada Januari 2023 yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM15 juta.

Kata Reza Hilman, kesemua adegan aksi-aksi lasak dilakukan para pelakon sendiri.

Sementara itu, menurut pelakon berasal dari Belgium, Andre Feyaerts yang turut membintangi filem ini rasa kagum dan mengatakan beliau mahu mendalami kebudayaan orang Melayu.

Beliau turut membintangi drama televisyen dan filem Melayu sejak 2017 yang telah memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu mengakui minatnya yang mendalam terhadap kebudayaan Melayu.

Turut hadir ke sesi Tayangan Perdana dan Sidang Media Pendekar Awang: Darah Indera Gajah ini ialah Wan Hanafi, Halal, Ruzaidi, Cameron, Amerul, Andy, Nadhir, Syed Ali, Sathisvaran, Bear serta artis dari Indonesia iaitu Tissa.

Selepas tayangan perdana untuk para pengamal media, filem Pendekar Awang ini sekali lagi ditayangkan pada majlis Malam Gala  untuk tontonan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut diiringi bersama Menteri Komunikasi, YB Tuan Fahmi Fadzil serta dif-dif kehormat lain.

Sumber gambar : BERNAMA

Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah ini yang cerita asalnya oleh Shahruddin berdurasi 116 minit akan ditayangkan di Pawagam seluruh negara bermula pada 11 Januari 2024 ini. Jom kita ramai-ramai meriahkan Pawagam!..

Leave a Reply