editor@aatvnews.com
KUALA LUMPUR, 16 Januari 2024 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya tidak mewujudkan kenyataan yang menyentuh isu sensitif dan perkauman di negara ini, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato’ Ramanan Ramakrishnan
Tambah Ramanan, Tun Dr Mahathir tidak seharusnya mempersoalkan tentang kesetiaan dan semangat cinta pada negara bagi mana-mana kaum khususnya kaum India di Malaysia.
“Saya India tetapi darah saya Malaysia, darah ini saya dapat dari Malaysia kerana saya lahir disini. Kalau kita tidak sayang dan tak setia kepada negara, tahu tak berapa ramai askar dan polis (kaum india)? Seingat saya untuk bercakap mengenai kesetiaan, Tun M sendiri belum pernah pergi berperang, katanya.
“Tun M juga tidak seharusnya mempersoalkan mengenai kesetiaan dan cinta pada negara bagi mana-mana kaum khususnya kaum India di Malaysia.
“Seingat saya untuk bercakap mengenai kesetiaan, Tun Dr Mahathir sendiri belum pernah pergi berperang,” katanya ketika sidang media selepas melawat ibu pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia di sini.
Terdahulu, Bekas Perdana Menteri itu sebelum ini telah ditemubual eksklusif secara dalam talian dengan saluran TV satelit India, Thanthi TV yang mendakwa masyarakat India di Malaysia masih tidak setia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.
Ramanan juga pada masa sama tidak faham apa yang perlu dibuktikan kepada Dr Mahathir selepas segala khidmat dan bakti yang disumbangkan askar dan polis berbangsa India tidak cukup untuk membuktikan kesetiaan kepada negara.
Pendirian Bekas Perdana Menteri itu sendiri tidak konsisten dan seringkali bertukar parti politik, dakwa Ramanan.
“Kalau kita tengok pendirian Tun M sekarang ini pun bukan pendirian yang tetap. Kejap A, Kemudian B, Lepastu C. Parti politik pun dia tidak boleh kekal. Saya sudah lupa dia dari Parti mana, saya pun keliru, tambah Ramanan.