editor@aatvnews.com

SELANGOR, 1 FEBRUARI 2024: Sebanyak 100,000 kraf naga kertas berjaya diedar dan dicantum melayakkan rangkaian pemborong dan peruncit terkemuka tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) menerima pengiktirafan oleh Malaysia Book of Records.

Aktiviti pengedaran dan pemasangan kraf naga kertas tersebut yang berlangsung sempena kempen Tahun Baharu Cina “Kongsi Meriah” bersama komuniti masyarakat setempat, pelanggan, kakitangan serta pelajar sekolah berdekatan cawangan MYDIN USJ, Subang Jaya.

Penyerahan sijil pengiktirafan tersebut telah disaksikan Menteri Perpaduan Negara, Yang Berhormat Datuk Aaron Ago Dagang ketika beliau melancarkan kempen “Kongsi Meriah” yang dianjurkan di MYDIN USJ, Subang Jaya.

YB Datuk Aaron berkata, beliau menyeru syarikat korporat dan swasta agar mencontohi inisiatif yang dilaksanakan oleh MYDIN dalam memupuk sikap perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini.

Kementerian Perpaduan Negara dan MYDIN Prihatin telah menjalin kerjasama dalam mengenalpasti dan mengagihkan bantuan sumbangan Bakul Rahmah MYDIN kepada 500 orang penerima di negeri Selangor, Melaka dan Johor.

Selain itu, beliau berharap agar kerjasama ini akan diteruskan bagi menjayakan dua inisiatif utama KPN iaitu edaran bantuan Bakul Rahmah (RT Cares) dan program Dapur Komuniti di semua negeri pada tahun ini.

Dalam perkembangan lain, MYDIN turut menjalin kerjasama dengan rakan eksklusif perkhidmatan BNPL SPayLater serta rakan-rakan strategik yang lain antaranya Abbott, Armor All, Blossom, California Scents, Cutie, Darlie, Diapex, Dutch Lady, Energizer, Eveready, F&N, Intimate, Power Root, Premier dan Royal Gold bagi menawarkan orang ramai dengan pelbagai aktiviti sepanjang Kempen Tahun Baharu Cina “Kongsi Meriah” berlangsung sehingga 24 Februari 2024.

Menariknya kempen ini, 28 pelanggan bertuah yang berbelanja minimum RM118 di dalam satu resit di MYDIN, berpeluang memenangi hadiah persembahan tarian singa di rumah mereka. Selain itu, pelanggan yang menghasilkan dan memuat naik gambar kreatif dan menarik ketika mencantumkan kraf naga kertas di platform Facebook berpeluang merebut ganjaran e- baucar MYDIN bernilai RM8,800.

Bagi menambah penjimatan kepada pelanggan di samping menggalakkan pembayaran tanpa tunai, MYDIN dengan kerjasama rakan e-dompet Boost, MCash, Setel, SPayLater dan WavPay menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 bagi pembelian minimum RM88 dengan menggunakan aplikasi tersebut.

Menurut Pengarah Eksekutif MYDIN, Ahimmat bin Mydin, “Kami di MYDIN meraikan keharmonian dan berkongsi kemeriahan apa jua perayaan bersama pelanggan setia kami, justeru itu pelbagai aktiviti dan promosi yang dirangka sepanjang kempen ini berlangsung.”

Sebarang maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengunjungi laman media sosial atau laman sesawang rasmi MYDIN Malaysia di www.mydin.my

Leave a Reply