KUALA LUMPUR, 4 Februari 2024 – Hari ini Komuniti Kuala Lumpur dan Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Tahun Baru Cina kepada 1100 orang penerima bantuan bertempat di Institut Latihan DBKL.
Majlis pagi ini telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Seri Dr Wan Azizah bin Wan Ismail, ahli parlimen BTR dan juga isteri kepada YAB Perdana Menteri
Dalam majlis ini, para penerima akan menerima sumbangan limau mandarin dan juga sumbangan wang tunai dan berharap sumbangan ini dapat memberi keceriaan kepada Komuniti Cina di Bandar Tun Razak khususnya.
Program ini diadakan bertujuan bukan sahaja untuk memberi sumbangan kepada komuniti Cina di Bandar Tun Razak tetapi turut menjadi salah satu usaha dalam menyantuni kaum Tionghua yang akan menyambut Tahun Baru Cina beberapa hari lagi.
Turut hadir ke program pada hari ini ialah YBhg datuk Azman Haji Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri, YBhg Datuk Rizalman bin Dato Mokhtar, DBKL, PDRM, MPP WP BTR dan Persatuan penduduk