KUALA LUMPUR – Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) memberi bantuan kepada 3,000 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Kuala Lumpur melalui program “Back To School”.

YWP berkata bantuan diberikan dengan
peruntukan sebanyak RM300,000 yang telah dikumpul melalui sumbangan yang telah diberikan oleh YWP melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pihak Tabung Haji melalui Pusat Pungutan
Zakat MAIWP.

“Objektif program ini adalah membantu mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak di awal tahun sesi persekolahan bermula,” katanya.

YWP berkata program itu juga bagi membantu pelajar kurang berkemampuan untuk tidak tercicir mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta selesa.

YWP berkata program itu turut emberi galakan kepada pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan sahsiah
dan akademik.

“Serta murid-murid terpilih, bakal menerima baucer buku, pakaian sukan sekolah dan yuran PIBG,” katanya.

Program tersebut selepas dirasmikan oleh wakil Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dr Zaliha Mustafa di Masjid Muadz Jabal, Setiawangsa.

Selain itu, YWP berkata melalui Program Bantuan Pemakanan Sekolah Menengah pula, seramai 2,000 orang pelajar daripada 101 buah sekolah di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan mendapat bantuan makanan.

Katanya, bantuan makanan itu disediakan oleh pengusaha kantin selama setahun dan dipantau pelaksanaannya oleh pihak sekolah.

“Jumlah perbelanjaan yang diperlukan bagi menampung keseluruhan program ini sehingga habis sesi persekolahan adalah sebanyak RM2.8juta.

“Namun kutipan terkini adalah sebanyak RM1.5juta dari sumbangan wakalah Tabung Haji,” katanya.

YWP turut memaklumkan melalui program Skim Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA, YWP turut membantu 30 orang pelajar IPTA pada tahun 2024 ini dengan nilai terkumpul sebanyak RM182,941.

“Pelajar IPTA yang datang dari keluarga yang susah ini, mempunyai keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia dan telah melepasi beberapa ujian bahasa Inggeris, Matematik serta psikometrik yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Penilai di Yayasan Wilayah Persekutuan.

“Skim Biasiswa Pengajian Tinggi IPTA ini meliputi yuran pengajian, kos sara
hidup, penginapan dan tuisyen,” katanya.

Leave a Reply