AMPANG – Jenama rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina.
Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang dilancarkan pada majlis IllumiRaya, tahun ini.
Pengarah Operasi Kardinal Industries (M) Sdn. Bhd. Erwin Teow berkata, Lumina adalah teknologi baharu yang menawarkan solusi buat perokok tegar berhenti merokok dan pengguna produk alternatif rokok.
“Lumina adalah salah satu produk alternatif yang dapat membantu mengawal jumlah nikotin yang diambil setiap hari dan seterusnya pengguna dapat mencapai matlamat untuk berhenti merokok.
“Berapa lama masa diambil untuk berhenti merokok adalah tergantung pada individu itu sendiri kerana setiap perokok mempunyai cara dan gaya yang berbeza dalam merokok.
“Dari pandangan saya sebagai salah seorang yang sudah berhenti merokok, tiga bulan mencukupi bagi seseorang berhenti merokok dan ia memerlukan komitmen yang tinggi.
“Dengan penggunaan rokok elektronik ini pengguna boleh mengawal jumlah nikotin yang mereka ambil, manakala rokok tidak boleh,” katanya pada majlis pelancaran Rumah Terbuka IllumiRaya: A Kardinal Open House Pakar #KwitSmoking Kardinal, baru-baru ini.
Rumah Terbuka IllumiRaya turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari artis-artis jemputan antaranya Amy Search, Lunadira, Midnight Fusic, Gard Wuzgut, Kicau-Bilau dan Jemput Dengar.
Erwin berkata, visi Kardinal adalah untuk membantu lebih ramai perokok berhenti merokok dan penggunaan vape adalah salah satu peringkat untuk sampai ke matlamat berkenaan.
“Kami berusaha membantu menurunkan penggunaan nikotin harian dan diharap pengguna dapat menggunakan produk kami sehingga kosong gram nikotin,” katanya.
Kardinal mula beroperasi pada 2017 dan Lumina adalah produk kesembilan yang dikeluarkan oleh mereka.
Lumina mempunyai keistimewaan tersendiri di mana ia menggunakan teknologi terbaharu iaitu seramik yang akan memberikan rasa konsisten dalam setiap sedutan.
“Kardinal kini sedang berkembang ke seluruh dunia dengan tumpuan kini terhadap pasaran tempatan. Kami berusaha untuk menyelesaikan sebarang kebimbangan masyarakat dalam industri tembakau.
“Diharap Lumina menjadi salah satu pilihan dan solusi untuk mereka yang sedang berusaha untuk berhenti merokok,” katanya.
Lumina boleh didapati pada harga RM75 manakala pod KSpod Lumina (2.5ml) pada harga RM14 dengan lebih 30 pilihan perisa unik.