Kuala Lumpur, 1 May 2024 – Gegaran politik menandakan permulaan yang baru bagi Parti Bersatu Sasa Malaysia (BERSAMA) dengan penggantian penting dalam barisan kepimpinan parti.

Sumber dalaman menyatakan bahawa Presiden parti sebelumnya, Nazry Roy, telah membuat keputusan yang tepat untuk meletak jawatan setelah menerima kenyataan tentang keperluan mendesak untuk pembaharuan dalaman parti. Langkah berani ini datang selepas penelitian yang penting akibat kemunduran parti tanpa sebarang kemajuan dalam parti sejak beberapa tahun ini . Proses perubahan pimpinan baru telah dimulakan semenjak bulan Oktober 2023 dan kemuncaknya Disember 2023 apabila Presiden ketika itu, Nazry Roy mengumumkan perletakan jawatanya menerusi satu pengumuman kepada ahli-ahli parti.

Kini, dengan penggantian yang dianggap sebagai gerakan yang strategik, Danial Bin Marnokaran Abdullah telah dipilih sebagai Presiden baharu parti, mula berkhidmat daripada Disember 2023. Pengumuman ini telah menyentuh hati ramai terutamanya ahli parti seramai 20,000 dari semenanjung Kuala Lumpur, dianggap sebagai titik permulaan yang menjanjikan bagi BERSAMA.

Menurut sumber dalaman parti, perubahan ini telah berlaku selepas pemeriksaan teliti dan kajian mendalam mengenai arah parti yang perlu dipandu pada masa depan. Langkah ini juga disokong oleh semangat untuk memperkasakan parti dan mendapatkan sokongan yang lebih besar daripada akar umbi.

Sebagai sebahagian daripada langkah menuju ketelusan, penulis telah menghubungi Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk mengesahkan keabsahan perubahan ini. Hasil semakan menunjukkan perubahan dalam senarai AJK parti pada 19 Januari 2024, mengesahkan kedudukan baru Danial sebagai Presiden parti.

Setelah dihubungi, Danial menggambarkan tanggungjawab barunya sebagai satu cabaran yang dirasakan, “Saya menerima kepercayaan ini dengan penuh kesyukuran dan tekad untuk membawa BERSAMA ke arah yang lebih cemerlang. Saya berjanji untuk berkhidmat dengan penuh dedikasi dan mengemudi parti ini menuju masa depan yang lebih baik bagi semua rakyat Malaysia.”

Pihak kami juga telah Berjaya mendapatkan Salinan pengumuman perletakan jawatan Presiden sebelum ini, Nazry Roy yang diumumkan kepada barisan pimpinan dan ahli akar umbi parti bula Disember 2023.

Perubahan ini dijangka membawa angin segar dalam politik Malaysia, dengan harapan untuk membawa transformasi yang bermakna bagi BERSAMA.

Kami akan terus mengemaskini perkembangan berkenaan parti ini. Sila teruskan mengikuti portal berita kami untuk maklumat terkini.

(Diselaraskan dengan sumber-sumber dalaman dan maklumat rasmi)

Leave a Reply