2-3 hari kita kedengaran ada ura-ura ingin cuba-cuba membuka UITM kepada pelajar-pelajar bukan Melayu terutamanya dalam bidang perubatan dengan alasan kononnya untuk melahirkan pegawai dan pakar perubatan (doktor) yang sedang dalam keadaan membimbangkan kerana kekurangan tenaga. Apa2 pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Sen. Menteri KPT DS Zambry Kadir yang menegaskan ura-ura cadangan itu tidak pernah dibincangkan dan sesuatu yang tidak mungkin berlaku seperti apa yang termaktub di dalam Perkara 173 Akta UITM (Tahun 1976) dimana hanya kaum bumiputra sahaja yang dibenarkan mendapat pendidikan di UITM.

Saya juga amat setuju dengan tindakan Majlis Perwakilan Pelajar UITM yang tegas mempertahankan hak-hak bumiputera di dalam isu ini. Rasionalnya ialah UITM yang dulu dikenali Dewan Latihan Rida yang ditubuhkan pada tahun 1956 berpusat di Petaling Jaya ketika itu kemudian diangkat, diperkasa dan dikenali ITM atas perjuangan UMNO yang semangat dan objektif utamanya memfokus untuk memberi pendidikan tinggi secara murah kepada golongan bumiputera luar bandar yang tidak berkemampuan.

Pandangan peribadi saya, alasan untuk menampung kekurangan pegawai atau pakar perubatan bukan sesuatu yang munasabah dan penolakan cadangan bukan bermaksud UITM bersifat rasis dan selfish tetapi lebih bersifat mengangkat martabat dan mengutamakan kaum bumiputera dahulu yang selama ini tidak pernah mengundang sebarang masalah dalam pembentukan negara bangsa terutamanya didalam sektor pendidikan. Jangan sekali-sekali membuka pintu walau seinci pun. Kepimpinan UMNO perlu wajib mempertahankan isu ini.

Akhir kata, pelajar-pelajar dan alumni UITM telah didik dengan semangat bangsa yang sangat tinggi. Lagu Warisan-Anak Kecil Main Api masih melekat disanubari mereka. Oleh itu, Kekalkan “status quo” UITM sebagai institusi utama bagi golongan bumiputera di dalam negara kita. Kalau dirobek, natijahnya amat bahaya baik dari segi politik dan perpaduan kaum di dalam negara kita. Fikir2kan lah.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bahagian Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP
16hb Mei 2024

https://www.sinarharian.com.my/article/664948/berita/nasional/kemasukan-pelajar-bukan-bumiputera-ke-uitm-tidak-pernah-dibincang—zambry

Leave a Reply