PUTRAJAYA, 3 Julai 2024 – Ybhg. Datuk Muhd Khair Razman bin Mohamed Annuar
telah memulakan tugas hari pertama sebagai Ketua Setiausaha Kementerian
Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan mengadakan pertemuan bersama
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri KKDW YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin
Hamidi di Parlimen hari ini.

Beliau kemudiannya tiba di Kementerian dengan disambut Setiausaha Bahagian
Kanan (Khidmat Pengurusan) YBrs. Encik Mohd Kamal bin Husin, pegawai
pengurusan kanan dan kakitangan KKDW.

Sebagai simbolik, Setiausaha Bahagian Kanan (Khidmat Pengurusan) YBrs. Encik
Mohd Kamal bin Husin telah menyerahkan pas kerja kepada Datuk Muhd Khair
Razman yang melakukan sesi ketikan pertama pada perakam waktu (clock-in) di Lobi KKDW, Putrajaya.

YBhg. Datuk Muhd Khair Razman, 58 tahun telah menggantikan YBhg. Dato’ Sri
Ramlan bin Dato’ Harun yang bersara wajib pada 30 Mei 2024.

Datuk Muhd Khair Razman, sebelum ini berkhidmat sebagai Setiausaha Kerajaan
Negeri Perlis berkelulusan Sarjana Undang-Undang (Undang-Undang Antarabangsa)
dari Southampton University (UK).

Memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam di Kementerian Luar Negeri pada tahun 1994. Sepanjang perkhidmatannya, beliau pernah bertugas di Pejabat Daerah dan Tanah, Pulau Pinang, Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri / Kementerian Dalam Negeri, Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perpaduan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

Pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki beliau akan dapat memperkasakan Kementerian dalam memacu perubahan dan kemajuan
pembangunan masyarakat desa berteraskan Aspirasi Desa Madani.

Pada masa yang sama, Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaaan
kepada mantan Ketua Setiausaha KKDW YBhg. Dato’ Sri Ramlan Dato’ Harun di atas
segala sumbangan dan khidmat bakti beliau dalam memimpin Kementerian sebelum ini.

Leave a Reply