Oleh DrAzam Rauzan
Semalam saya dapat panggilan dari seorang sahabat dari KL selepas kemenangan Awie di Nenggiri.
Katanya ramai yang buat posting macam perli buat Kaki temberang setiap malam UMNO tak turun Nenggiri, BN menang, dapat call marah2 dari mamat ni. Tu je nak bagi tahu.
Nampaknya UMNO dah mula cerdik sedikit. Inilah maksud saya, bila punahsihat dah mula berubah kata, maka Ketua akan berjaya. Ini KESILAPAN besar Najib Razak dahulu! Habis musnah BN dan UMNO!
Kesilapan besar zaman Najib ialah prmimpin UMNO ketika itu itu angkuh dan sombong.
Kegagalan PAS adalah disebabkan kegagalan memilih calon dan pengarah pilihanraya serta PN memang gabungan hancur menanti belah!
Seperti Biasa lah yang saya selalu sebut dalam segmen TALK SHOW saya ” MEMBENARKAN YANG BENAR” bersama Datuk Dr Noor Azizan di Nrchanneltv, jika UMNO dan BN nak kembali semula menjadi peneraju politik negara kena ubah perangai dan methodology berperang dengan menggunakan 3 elemen, Reverse Psychology, Lateral Thinking dan Tsun Tze art of war.
SEKARANG bukan zaman THINK OUT OF THE BOX TAPI ZAMAN THINK INSIDE THE OTHER BOX. ( lateral thinking )
Saya tak mahu ulangan kita juara PRK 7 kali berturut turut tapi dapat hanya 30 kerusi masa PRU 15. Hati hati dengan duri dalam daging, Ramai tok, atas bawah kiri kanan. Kalau ini tidak di bendung PRN Sabah akan menjadi mangsa. Tak percaya tunggu.
Ramai pemimpin pro si pengkhianat yang sudah di gantung masih bertapak disana!
Saya sangat berharap, Lokman Adam belajar dan baca buku ini. Cara Lokman Adam tibai setiap malam membuatkan rakyat muak dan mual kepada UMNO.
Kekurang-ajaran beberapa ekor bekas pemimpin UMNO seperti bekas MKT budak mentah dan Tok Lebai LV juga memberi impak baik kepada UMNO dan Zahid Hamidi.
Tanpa dibalas dan di belasah balik oleh pihak UMNO, inilah yang di panggil Art Of Tsun Tze. Satu langkah kebelakang , tiga langkah ke hadapan.
Syabas YAB Dato Seri Dr Ahmand Zahid Hamidi yang bekerja keras. Nasihat saya satu je, ingatkan pemimpin UMNO, jangan sombong dan angkuh. Dengar suara akar umbi walau takde jawatan tapi kalau boleh pakai, gunakanlah. Yang diatas dan sekeliling kadang-kadang sokong nak bagi Dato lemah dan turun takhta.
Dato Seri harus tahu sekilas ikan di sungai yang mana jantan yang mana betina dan yang mana talam dua muka. Dengan lahnat Allah, You can do it sir!
Untuk PRK Mahkota, Dua faktor yang boleh bawa kemenangan. Siapa Pengarah dan siapa calon. Jangan ulangi kesilapan PAS dan Bersatu. Jika cara yang sama digunakan “No Lokman No Rafizi”… inshaa allah Mahkota akan kekal milik UMNO dan BN!
Justeru, jika bermusuh sekalipun jangan berlebihan kerana kita tidak tahu bila masanya perlu bertemu semula dengan pihak yang kita musuh itu bagi menangani masalah yang lebih besar demi ummah. Buanglah rasa malu, marah dan dendam kita demi rakyat… kerana Allah.
Selamat maju jaya dan selamat datang ke PAU. Jumpa disana
Ketua Penerangan
Umno Cawangan Presint Jasa