Oleh – Gulam Muszaffar

Salam,

Alhamdullilah semalam PRK Nenggiri selesai melabuhkan tirainya dan BN/UMNO merampas kembali kerusi dengan penuh bergaya dengan menampilkan majoriti yang lebih 3,300 undi yang sebelum ini disandang oleh parti Bersatu dengan kekalahan majoriti 810 undi pada PRN yang lepas dimana 95% pengundinya adalah Melayu. Tahniah kepada YB Awie dan selamat menjalankan tugas.

Seperti biasa ramai dikalangan rakan-rakan di dalam UMNO mengucap dan menitipkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada kepimpinan utama parti dan juga jentera parti yang bertungkus lumus memastikan kemenangan milik BN/UMNO semula. Tetapi buat saya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Speaker DUN Kelantan yang membuka ruang utk BN/UMNO bertanding dan merampas semula kerusi tersebut.

Mungkin mereka kem PN mencongak selepas PRK Sg Bakap, mereka anggap PRK Nenggiri ini “sayur” bagi mereka untuk mengekalkan kerusi ini selepas bekas DUN mereka “melompat secara niat” kerana menyokong kepimpinan YAB PMX. Keyakinan mereka dengan memandang rendah keupayaan UMNO/BN adalah strategi memerangkap diri mereka sendiri. Bak ibarat memasang tali gantung sendiri kemudian gantung diri untuk mati.

Ketika kempen bermula, dengan calon hybrid – PASTU, menjadikan TS Louis Vuitton sebagai kepala perang kem PN yang membawa naratif membunuh karakter YAB Presiden Parti menjadikan kem PN bergolak sebenarnya. Penghijrahan semula kepimpinan utama Bersatu Gua Musang ke UMNO sebenarnya perkara yang “real” dan menjadi salah satu faktor kemenangan calon BN/UMNO di dalam PRK Nenggiri kali ini disamping faktor keperibadian dan latar belakang Sdra Awie itu sendiri.

Apa yang saya nampak, kisah UMNO/BN di PRK kali ini ialah “solidariti jentera” baik di Cawangan, PDM, Bahagian, Sayap, Negeri dan juga Pusat tiada satu pun gerakan “cah keting” yang sering berlaku setiap kali pilihanraya di Kelantan. Rupa2nya geng cah keting kita sudah berada di Kem PN. Alhamdullilah. ALLAH SWT memberi sinar dan semangat baru buat UMNO Kelantan dengan kemenangan bergaya ini.

Akhir kata, PAU akan berlangsung bermula minggu depan, sudah pasti semangat kemenangan PRK Nenggiri menjadi titik bermula untuk kebangkitan UMNO bagi mendepani cabaran dan landskap politik yang baru. Tiada lagi unsur berpuak-puak di dalam kepimpinan utama, akar umbi bersolidariti bersama kepimpinan dan yang paling utama kesetiaan ahli bersama dengan perjuangan parti demi bangsa agama dan negara. Seperti yang selalu saya katakan “kejayaan bukan boleh dilihat dalam masa tertentu tetapi kejayaan sesuatu perkara itu masa yang menentukan”. Wallahuallam.

In Sha Allah kita jumpa di PAU.

Gulam Muszaffar
Ketua UMNO Bhgn Batu merangkap Ketua Penerangan UMNO WP

Leave a Reply