SHAH ALAM – Malaysia Book of Records mengiktiraf Skyhill Clinic sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia.

Doktor hormon yang menerajui Skyhill Clinic, Dr Linda Mat Hassin berkata, Skyhill Clinic begitu komited dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui pendekatan alami dan penjagaan hormon yang menyeluruh.

“Pengiktirafan ini bukan hanya tentang jumlah pemeriksaan yang telah kami lakukan, tetapi ia adalah tanda perjuangan kami untuk menyediakan rawatan berkualiti kepada wanita di seluruh Malaysia.

“Kami percaya bahawa penjagaan hormon yang betul adalah kunci kepada kesihatan wanita yang lebih baik,” katanya pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan berkenaan, baru-baru ini.

Hadir sama pada majlis itu ratu rock Malaysia, Ella dan pegawai serta wakil Malaysia Book of Records, Siti Hajar Johor dan Aaron Bong Keng Jin.

Dr Linda berkata, beliau turut menekankan bahawa pendekatan Skyhill Clinic yang menitikberatkan rawatan secara semula jadi membantu wanita mengatasi masalah kesihatan hormon seperti ketidakseimbangan hormon, keletihan melampau, dan isu kesihatan lain yang sering dialami oleh wanita dalam pelbagai peringkat kehidupan.

“Dengan pengiktirafan ini, Skyhill Clinic mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai pusat rujukan utama dalam penjagaan hormon wanita di Malaysia.

“Pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan diri.

“Ini hanyalah permulaan. Kami akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita di Malaysia, melalui rawatan yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin,” katanya.


Sementara itu, Ella adalah salah seorang yang sering menjalani pemeriksaan hormon di Skyhill Clinic dan menjadi pendokong kepada kepentingan penjagaan hormon bagi wanita.

Ella yang hadir pada majlis pengiktirafan berkenaan turut berkongsi pengalamannya bagaimana melakukan pemeriksaan hormon di Skyhill Clinic.

“Skyhill Clinic telah membantu mengekalkan keseimbangan kesihatan dan membuat saya rasa bertenaga dan ini adalah rahsia kenapa saya merasa sentiasa kekal muda.

“Saya menyeru agar lebih ramai wanita menyedari kepentingan menjaga kesihatan hormon ini,” katanya.

By Cynthia

Leave a Reply