KAJANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, David Cheong mengumumkan telah memberi sumbangan RM135,000 untuk masjid, surau, rumah kebajikan, anak yatim dan fakir miskin yang berada dalam kawasannya.

Beliau berkata sumbangan itu diberikan bagi meringankan beban penduduk di kawasan DUN Kajang terutama daripada golongan berpendapatan rendah (B40).

“Terima kasih kepada semua yang terlibat. Sumbangan kepada anak yatim dan orang miskin. Ada beri duit raya.

“Program sebegini sangat baik dan saya suka hati buat program ini kerana dapat bantu anak yatim dan asnaf,” katanya ketika ditemui dalam program Bubur Lambuk Perdana anjuran Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Kajang di Masjid Jamek Pekan Kajang.

Menurut David sebanyak lima masjid dan 50 surau di DUN Kajang terlibat dalam sumbangan itu.

Beliau berkata akan meneruskan program itu pada setiap tahun.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau turut hadir dalam program itu.

Beliau berkata majlis itu turut diisi dengan sumbangan kepada rumah-rumah kebajikan dan anak-anak yatim dalam kawasan DUN Kajang

“Semoga segala usaha kita diberkati dan kita semua dilimpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat,” katanya.

Leave a Reply