KUALA LUMLUR, 2 Desember 2021 – Hari ini merupakan majlis perasmian bagi siri JELAJAH PROGRAM PEMERKASA USAHAWAN DIGITAL (PPUD) yang dianjurkan oleh syarikat milik bumiputera iaitu FRED ADVANTAGE SDN BHD. Program ini dirasmikan oleh Dato’ Dr. Abdul Fattah Abdullah (Presiden Angkasa). Program ini merupakan satu inisiatif untuk membantu lebih ramai lagi usahawan dalam mendigitalkan model perniagaan mereka kepada tahap yang lebih tinggi lagi.
Menurut Pengarah program ini En.Romeyzee Zainuddin, program ini bakal melahirkan lebih ramai usahawan yang mempunyai ilmu bagaimana untuk berniaga secara atas talian dengan cara yang lebih efisyen dan sistematik. Ini kerana syarikat telah pun mengeluarkan satu produk berjenama KINGBLASTER yang membariskan 12 Aplikasi Digital yang mampu untuk menjimatkan kos pengiklanan para usahawan atau lebih dikenali dengan”Kos pengiklanan Sifar”. Pelbagai kerjasama strategik yang melibatkan pihak seperti Koperasi ANGKASA, Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) dan juga PERDASAMA Selangor telahpun dijalinkan. Ia diyakini akan menjadi satu gerakan besar besaran untuk membawa program ini kepada lebih ramai usahawan.
Menurut beliau lagi, semua usahawan yang terlibat akan dibimbing oleh pihak syarikat dengan MODUL USAHAWAN DIGITAL. Proses pembelajaran adalah secara ONLINE dan ianya adalah secara sistematik oleh tenaga pengajar yang terlatih dan berpengalaman.
Turut berucap pada majlis ini adalah Dr. Ammar Hassan selaku Pengerusi Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) telahpun menyatakan kesediaan pihak yayasan untuk sama sama menyusun strategi dan juga perlaksanaan program ini. Pihak yayasan telahpun setuju untuk menjadi rakan strategik bagi perlaksanaan program ini.
Pada ucapan yang berikutnya En Shahrul Nizam Hassan selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan juga pengasas kepada syarikattelahpun menerangkan bahawa dengan terciptanya produk KINGBLASTER 12 aplikasi dalam 1 jenama, kini usahawan tidak perlu lagi membelanjakan ribuan ringgit untuk konsep iklan berbayar yang ditawarkan oleh pelbagai media sosial. Menurutnya syarikat milik bumiputra ini telahpun ditubuhkan pada akhir tahun 2019 dan pada 1 April 2021, pihaknya telahpun melancarkan produk KINGBLASTER ke pasaran Malaysia dan hingga kini terdapat lebih dari 3,000 usahawan telahpun menggunakan aplikasi KINGBLASTER dalam usaha mereka untuk melakukan sebaran info perniagaan mereka secara teratur dan efisyen.
Menurutnya lagi, kini pihak syarikat telahpun menjalinkan kerjasama dengan beberapa syarikat tempatan yang berminat seperti BLACK G, KRASZ – KMOOD BAYU SIRI dan juga SMARTBiz. Kerjasama ini adalah untuk menyediakan peluang kepada mereka yang berminat untuk menjana pendapatan melalui sesi Mentor-Mentee.
Turut hadir pada majlis ini ialah wakil dari 2 platform e-dagang milik anak tempatan Malaysia iaitu platform EZYSHARE dan juga platform SKYFRON. Kedua dua platform ini adalah rakan strategik kepada syarikat.
Ekosistem yang telah dibina yang dianggarkan menelan kos jutaan ringgit ini diyakini akan dapat menjadi satu platform untuk usahawan untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka secara atas talian yang dibantu oleh platform yang hebat seperti KINGBLASTER ini.
Terdahulu, Majlis menyaksikan satu sessi menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) antara rakan strategik dan juga vendor-vendor (mentor-mentee).
Program Pemerkasa Usahawan DIGITAL (PPUD) ini akan bermula pada Januari 2022 ini dengan mensasarkan seramai 2220 usahawan dari pelbagai lokasi di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Para usahawan yang berminat boleh menghubungi sekretariat program di setiap Parlimen di Malaysia ataupun terus mendaftar di laman sesawang https://partner.kingblaster.com/join.