KUALA LUMLUR 1 Desember 2021 – Pasukan Sukarelawan Penyelamat Kecemasan & Perubatan Bakti Malaysia (PSPKPBM) hari ini mengadakan Agihan Bakul Makanan (Food Bank) kepada B40 yang memerlukan di kawasan Cheras yang terkesan dengan Covid-19.

Ia telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Mr Bryan Lai Wai Chong.

Menurutnya, adalah menjadi satu tanggungjawab pihak PSPKPBM membantu masyarakat yang memerlukan. Untuk itu, pihak PSPKPBM sudah pun menghulurkan kepada lebih 300 bantuan ke seluruh Negara. Dan yang terbaharu, pihak NGO telah mengagihkan barangan asas kepada B40 sekitar Ampang dan Cheras Kuala Lumpur.

Leave a Reply