KUALA LUMPUR, 17 Jun 2025
Ketua UMNO Bahagian Batu, Datuk Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, meluahkan kebimbangan dan kekecewaan terhadap siri kenaikan kos sara hidup yang dilihat semakin menekan rakyat, termasuk pengumuman terbaharu kenaikan tarif elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Beliau berkata, rakyat sudah pun terbeban dengan pelbagai kenaikan sebelum ini seperti harga diesel, minyak masak, gas petroleum cecair (LPG), cukai SST dan kini tarif elektrik pula meningkat hampir 14%.

“Pada mulanya saya terasa sedikit lega kerana awal Februari lepas, dalam Dewan Rakyat, YAB Perdana Menteri memberi jaminan bahawa kenaikan tarif elektrik hanya akan menjejaskan industri dan golongan kaya sahaja. Namun, kenyataan terbaru TNB menunjukkan sebaliknya apabila hampir 85% pengguna domestik turut terkesan,” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Datuk Gulam turut menyertakan pautan kepada kenyataan terdahulu YAB PMX serta penjelasan daripada bekas CEO 1MDB, Datuk Arul Kanda, yang menjelaskan bagaimana ketika era kerajaan terdahulu, pengambilalihan loji janakuasa oleh Edra adalah bertujuan untuk mengawal tarif elektrik. Kini, walaupun 1MDB sudah dibubarkan, kenaikan tarif tetap berlaku.

Beliau menyindir, “Nasib baik oksigen, rumput dan air laut tidak boleh dikenakan cukai. Kalau boleh, saya rasa itu pun akan dicukai.”

Dalam nada sinis, beliau turut menyatakan bahawa rakyat kini ibarat “selepas jatuh ditimpa tangga berulang kali”, berikutan pengumuman demi pengumuman yang memberi kesan langsung kepada kehidupan harian rakyat terbanyak.

“Suka atau tidak, inilah hasil daripada apa yang dipilih oleh majoriti rakyat dalam PRU14 dan PRU15. Janji untuk kehidupan lebih baik, kini bertukar menjadi beban berterusan,” katanya.

#TarifLetrikNaik #RakyatTertekan #KosSaraHidup #JanjiDitepatiAtauDimungkiri #1JulaiGelap #KerajaanFlipFlop #DuluKataLainSekarangLain #KesanRakyat #UMNOBersuara #TNBNaikTarif

Leave a Reply