×

Empowerment & Sheconomy: Resolusi WEF ASEAN 2025 ke Peringkat Global

Empowerment & Sheconomy: Resolusi WEF ASEAN 2025 ke Peringkat Global

WEF ASEAN 2026 Diserah kepada Filipina

KUALA LUMPUR, 21 Jun 2025 — Forum Ekonomi Wanita ASEAN (WEF ASEAN) 2025 yang berlangsung selama tiga hari telah melabuhkan tirainya hari ini dengan kejayaan besar, menyaksikan penglibatan lebih 140 penceramah dari 32 negara termasuk 64 dari peringkat antarabangsa dan 71 dari Malaysia serta rantau ASEAN.

Pengerusi Penganjur WEF ASEAN 2025, Datin Dr Hartini Osman, mewakili keseluruhan pasukan penganjur termasuk Presiden, Lembaga Penasihat dan pengasas forum, Dr Harbeen Arora Rai, menzahirkan penghargaan kepada semua peserta, moderator, penaja dan pihak sekretariat atas kejayaan forum ini.

Forum yang bertemakan “Empowering Inner Self of Women Through Leadership” telah membincangkan pelbagai topik kritikal seperti inklusiviti, pembangunan ekonomi lestari, pendigitalan budaya, integrasi polisi serta pertumbuhan shekonomi, dan kesalinghubungan global. Hasil perbincangan telah dirumuskan dalam bentuk 29 dimensi resolusi yang bakal dibentangkan kepada Perdana Menteri dan kementerian berkaitan untuk perhatian dan tindakan lanjut.

Antara pencapaian penting forum termasuk:

24 Pillar Diskusi
10 Sesi Plenari
6 Bengkel Interaktif
9 Meja Bulat
4 Sesi Fireside Chat

Kerjasama erat bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai pelapor rasmi

Turut hadir pada sesi penutup ialah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Seri Noraini Ahmad, yang menyokong penuh inisiatif ini, bersama tokoh kerajaan seperti YB Senator Datuk Seri Tengku Zafrul, YB Liew Chin Tong, dan pelbagai agensi seperti MITI, MARA, FGV, UniKL dan YBK.

WEF ASEAN 2025 juga mencipta sejarah melalui kerjasama dengan program keusahawanan wanita Afrika (African Women Entrepreneurship Program) yang menyasarkan latihan kepimpinan kepada sejuta wanita di Afrika Barat, hasil kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia dan YB Care.

Forum turut menampilkan pempamer dari pelbagai sektor ASEAN dan Malaysia serta program lawatan ke lokasi ikonik seperti PNB 118, Yayasan Basmi Kemiskinan dan menaiki Hop-On Hop-Off, disokong oleh Kementerian Pelancongan Malaysia — sebagai sebahagian promosi Tahun Melawat Malaysia akan datang.

Majlis turut menyaksikan penyerahan baton rasmi kepada Filipina sebagai tuan rumah WEF ASEAN 2026, selari dengan giliran negara itu sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.

Forum yang didukung oleh pelbagai pihak strategik dan penaja seperti WAWASANITA, Kinomitsu, Mattis, Mami Monster, Cuckoo dan BigQuest, HWC, disifatkan sebagai platform komprehensif dan inklusif dalam memperkukuhkan suara wanita serantau dan antarabangsa.

#WEFASEAN2025 #Sheconomy #EmpowerWomen #WomenLeadership #InklusivitiEkonomi #DigitalisasiWanita #VoiceOfWomen #GlobalSisterhood #FromMalaysiaToTheWorld #NextStopPhilippines