KUALA LUMPUR, 21 Julai 2025 – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) hari ini secara rasmi mengumumkan pelantikan semula YBhg. Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek sebagai Pengerusi FELDA.

Pelantikan semula ini menandakan keyakinan berterusan kerajaan terhadap kepimpinan beliau yang telah menunjukkan rekod cemerlang dalam memperkasakan warga peneroka serta memperkukuh struktur organisasi FELDA.

Dalam kenyataan rasmi, Dato’ Sri Ahmad Shabery merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan yang terus diberikan untuk menerajui institusi penting dalam landskap pembangunan luar bandar negara ini.

“Saya amat menghargai kepercayaan ini dan akan terus komited membawa FELDA ke arah masa depan yang lebih mapan, inovatif dan selari dengan aspirasi Malaysia MADANI,” ujar beliau.

Pelantikan semula ini turut disambut baik oleh pengurusan dan seluruh warga Kumpulan FELDA yang menaruh keyakinan terhadap wawasan, pengalaman luas dan dedikasi tinggi Dato’ Sri Ahmad Shabery dalam memperjuangkan nasib warga peneroka serta memperkukuh daya saing FELDA di peringkat nasional dan antarabangsa.

Di bawah teraju beliau, FELDA dijangka akan terus mengekalkan momentum pemulihan dan transformasi strategik melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosioekonomi, inovasi pertanian serta pemerkasaan generasi baharu FELDA.

#AhmadShabery #FELDA2025 #MalaysiaMADANI #PenerokaFELDA #KepimpinanBerwibawa #TransformasiFELDA #EkonomiLuarBandar #ShaberyKembali #FELDASejahtera #FELDAUntukRakyat

Leave a Reply