Oplus_16908288

KUALA LUMPUR, 2O Julai 2025 – Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Dato’ Zulkarnain Mahdar tampil mengecam keras tindakan pihak tertentu yang didakwanya sengaja memanipulasi sekeping foto bagi memburukkan reputasi Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam satu kenyataan tegas, beliau mendakwa bahawa foto yang tersebar – kononnya mengaitkan Datuk Seri Hajiji dengan tokoh korporat dan CEO Sabah Manganese Mine, Natasha Sim – digunakan secara tidak bertanggungjawab oleh portal berita seperti Malaysiakini dan cybertrooper parti politik termasuk WARISAN dan UMNO Sabah.

“Dalam foto tersebut, tiada kelibat Datuk Seri Hajiji pun. Tetapi mereka tetap menggunakan gambar ini untuk mencipta naratif palsu kononnya Hajiji terlibat dalam skandal rasuah berkaitan lesen mineral,” kata Zulkarnain.

Zulkarnain turut mendedahkan bahawa beliau merupakan individu terawal yang membuat laporan kepada SPRM dan pihak polis terhadap tokoh perniagaan Dato’ Albert Teck yang didakwa cuba menyogok Hajiji sebanyak RM5 juta dalam tiga percubaan berasingan. Menurutnya, percubaan itu hanya dihentikan selepas Hajiji mengugut untuk membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, serangan bertubi-tubi ini dilihat sebagai usaha untuk menggugat kestabilan kerajaan GRS-PH Sabah yang kini mencatat pencapaian membanggakan dari segi rizab kewangan dan kemasukan pelaburan asing.

“Dulu masa WARISAN ambil alih, rizab negeri cuma RM3 bilion. Sekarang dah cecah RM8 bilion, pelaburan pun masuk ratusan bilion. Itu yang buat mereka tak senang,” jelasnya.

Zulkarnain juga mengkritik tindakan sesetengah pihak yang lebih memilih untuk “memutar belit” cerita melalui artikel blog dan media, seperti portal Malaysia Speed dan artikel bertajuk “Skandal Sebenar… Tapi Dalam Diam Hajiji Noor”, berbanding membuat laporan rasmi kepada pihak berkuasa.

“Saya cabar Albert Teck saman saya kalau tuduhan saya palsu. Rakyat Sabah perlu celik dan lihat bahawa serangan ini adalah taktik politik jijik untuk jatuhkan kerajaan yang ada,” katanya.

Mengakhiri kenyataannya, beliau mengingatkan rakyat Sabah bahawa benteng terakhir untuk mempertahankan kedaulatan hasil bumi negeri adalah Datuk Seri Hajiji sendiri.

#HajijiDiserang #SabahBermaruah #TolakPolitikFitnah #GRSuntukRakyat #KebenaranUntukSabah #SabahBangkit #FaktaBukanFitnah #FotoDimanipulasi #PolitikKotor #RakyatBersamaHajiji

Leave a Reply