KOTA BHARU – Platform pendidikan digital terkemuka negara, PTTI, sekali lagi mencipta impak besar dalam dunia pendidikan apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 pelajar dari seluruh Kelantan sempena program Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang diadakan di Hotel Grand Renai, di sini.

Program jelajah ini adalah sebahagian daripada inisiatif berterusan PTTI dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuat persediaan terbaik menjelang peperiksaan penting itu.

Kehadiran luar biasa ke program ini memperlihatkan keyakinan tinggi pelajar dan ibu bapa terhadap pendekatan pembelajaran interaktif dan strategik yang dibawakan oleh PTTI.

Kejayaan ini hadir selepas PTTI mencipta dua rekod membanggakan menerusi Malaysia Book of Records, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai pelopor dalam penyediaan pembelajaran digital berfokus hasil dan berimpak tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, setiap pelajar mampu mencipta kejayaan luar biasa jika diberi peluang dan sokongan yang sewajarnya.

“Kami percaya bahawa semua pelajar boleh cemerlang dengan pendekatan pembelajaran yang sesuai.

“Melalui siri roadtour ini, kami turun padang bukan sahaja untuk mengajar, tetapi juga memberi inspirasi dan menunjukkan kepada pelajar bahawa kejayaan itu mampu dikecapi dengan teknik dan usaha yang betul,” katanya ketika ditemui selepas program berakhir.

Pelbagai teknik menjawab soalan dan strategi ‘Skor A+’ yang diperkenalkan sepanjang sesi menerima sambutan hangat daripada pelajar.

Rata-rata peserta melahirkan rasa puas hati dan lebih yakin untuk menghadapi SPM selepas mengikuti sesi intensif bersama barisan tenaga pengajar berpengalaman PTTI.

“Teknik cikgu sangat mudah difahami, terus rasa semangat nak belajar balik! Harap ada lagi program macam ni dekat negeri lain,” kata seorang pelajar yang turut berkongsi pengalamannya di media sosial.

Bagi menambah nilai kepada program, PTTI turut mengumumkan tawaran istimewa sempena ulang tahun kelahiran Cikgu Fana yang diraikan pada 20 Julai.

Potongan yuran sebanyak 15 peratus dan ke atas ditawarkan kepada semua pelajar dari tingkatan satu hingga lima yang mendaftar kelas dalam talian di platform rasmi PTTI, www.ptti.my.

Inisiatif ini diyakini mampu meringankan beban kewangan keluarga sambil memperluas akses kepada sumber pendidikan berkualiti tinggi di seluruh negara.

Lebih menarik, tanda pagar #RoadtourSkorAPlusPTTI menjadi tular dengan ribuan pelajar berkongsi detik-detik bermanfaat sepanjang program berlangsung.

Fenomena ini bukan sahaja mencerminkan keberkesanan pendekatan pembelajaran PTTI, malah membuktikan bahawa pendidikan digital mampu menjadi pemangkin perubahan positif dalam landskap pendidikan negara.

PTTI terus melangkah ke hadapan sebagai organisasi yang bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi turut menyuntik motivasi dan semangat juang kepada generasi muda untuk menggapai kecemerlangan.

By Cynthia

Leave a Reply